Foto : Noor Ezzalin
"BALIK KAMPUNG, BALIK KAMPUNG HATI RIANG'.Tidak dapat dinafikan semua pasti teruja untuk pulang ke kampung halaman. Pelbagai cerita menarik yang ingin KAK LIN kongsikan sepanjang KAK LIN di kampung.
Pengalaman paling menarik ketika di kampung adalah membeli belah. Bukan sekadar di bandar sahaja tau KAK LIN boleh mebeli belah, di kampung pun kegilaan membeli belah menular juga didalam segenap jiwa. Tapi kali ni membeli belah berbeza dari membeli belah di KL. Kali ni kita membeli belah ikan segar di jeti Sekinchan. Keterujaan membeli ikan segar tidak sama seperti membeli baju dan tudung di SOGO dan jalan TAR. Sekinchan kini sudah dijadikan pusat pelancongan yang tersengam indah.
Bagi peminat-peminat ikan segar, anda sangat dialu-alukan untuk datang ke Sekinchan. Biasanya perjalanan dari KL mengambil masa selama 2 jam. Sekinchan terletak didalam daerah Sabak Bernam. Senang je tau nak pergi Sekincan ni. Anda boleh menggunakan lebuh raya LATAR untuk ke Kuala Selangor. Selepas tu anda terus sehingga ke bandar SEKINCHAN. Perhatikan dsebelah kiri anda terdapat balai polis sekinchan. Sebelum trafic light belok ke kiri. Teruskan perjalanan sehingga ke simpang tiga. Sehingga anda sampai disimpang tiga, belok ke kanan. Perhatikan dikiri anda,terdapat beberapa kedai yang menjual ikan ikan segar.
Sekiranya anda meneruskan perjalanan anda akan nampak signboard PANTAI REDANG. Ini bukan Pantai Redang Terengganu ye, ini Pantai Redang di Sekinchan, Selangor. waktu KAK LIN tiba di Pantai Redang ni, KAK LIN tak sempat pun nak turun. Sempat tangkap gambar pokok yang KAK LIN rasakan macam unik. Tapi KAK LIN tak tau apa cerita disebalik pokok tu, yang KAK LIN nampak pokok tu besar dan ada benda merah-merah tergantung di dahan dan batang-batang pokok tu.
KAK LIN nak turun juga untuk tanya kat apek yang ada kat situ, tapi disebabkan haiwan yang KAK LIN takut berkeliaran merata-rata disitu, jadi KAK LIN lupakan hajat tu. Takpelah, nanti next time kalau ada masa kita buat kajian kat Pantai Redang ni.
ni pokok besar yang bergantung benda-benda merah tu.
Sebab masa agak terhad, dan tujuan utama adalah membeli hasil hasil laut maka kita pandu lalu dengan laju je la kat Pantai Redang ni.
Sebelum anda sampai ke Pantai Redang ni, KAK LIN rasa ada 5 ke 6 tempat pemunggahan ikan-ikan segar yang boleh kita beli terus dari situ. Tiba-tiba KAK LIN rasa confius pulak, teruja sangat dengan ikan-ikan segar tu, sampai KAK LIN lupa nak mengira berapa tempat yang menjual ikan tu. Nanti kalau korang pergi, tolong updatekan untuk KAK LIN ye.
Salah satu tempat pemunggahan ikan
Perhentian pertama KAK LIN. Sila abaikan muka yang agak teruja tu. Atas cantik je kan pakainnya, waktu ni KAK LIN pakai seluar tido tau, sebab tu tak tangkap gambar sampai bawah,hahaha, sila, jangan kecam KAK LIN.
Ni uncle-uncle yang gagah mengrading hasil tangkapan. Ni diaorang tengah greding udang harimau. Rasanya udang harimau, KAK LIN pun tak tanya, KAK LIN nampak belang-belang tu, udang harimau la agaknya kan.
Ni bertong-tong untuk digreding
Ini abam abam badang dibelakang tabir yang setia menjadi pembantu KAK LIN. Tengokla sotong tu, geram kan, baru naik tau tu. Tapi KAK LIN tak beli pun, sebab KAK LIN tak pernah makan sotong besar-besar gitu.
Hasil tangkapan KAK LIN kat kedai pertama ni, ikan kerapu sekor, ikan bawal 2 ekor, ikan jenahak sekor. Total tangkapan rm92. Terkejut jugak KAK LIN, ambik tak beragak kan,hehhe. Tapi berbaloi la sebab ikan yang KAK LIN ambik lebih dari sekilo. Yang paling penting, ikan tu semua insang dia masih berlendir-lendir lagi tau.
Kat kedai kedua, KAK LIN sempat rembat udang untuk buat rencah-rencah sayur-sayur, meehoon, mee dan sebagainya. Ni KAK LIN ambik dalam sekilo. RM12 sekilo.
Ni kedai feveret KAK LIN. Kedai ni terletak mula-mula nak masuk simpang pertama. Kedai ni berdekatan dengan tokong cina.KAK LIN suka tengok sistem dikedai ni. Mula-mula kita masuk kedai ni, kita akan pilih ikan dibahagian tengah kedai. Demi menjaga kualiti barang-barang dagangan mereka, mereka dah siap asingkan udang dan ikan yang tertentu kedalam plastik.
Mereka akan menyediakan bakul merah yang tertera nombor disitu. Bila kita dah siap buat pilihan, kita akan serahkan bakul merah untuk mereka timbang dan tentukan harga. Selepas itu, pembayaran akan dibuat dikaunter. Selepas pembayaran dibuat, kita akan mendapat satu resit dimana tertera nombor bakul. Kemudian bakul merah tadi akan dibawa ketempat untuk disiang. Proses penyiangan berlaku disini.
kaunter pembayaran
lepas bayar, ikan akan disiang
bakul yang ada nombor
Disini anda boleh mendapatkan ikan anda dengan syarat, anda serahkan resit tadi sebagai bukti. Nombor dibakul mestilah tally dengan nombor diresit anda. Biasanya mereka akan masukkan ikan anda kedalam kotak polistren beserta air batu. Yang paling menarik, kotak polistren tu free tau. Mereka akan seletepkan kotak anda dengan kemas bagi memastikan kesegaran ikan-ikan tersebut.
Budak ni bila KAK LIN kata nak amsuk blog, terus dia tunjuk peace tu, bila KAK LIN tanya siapa nama, nanti senang orang nak refer, dia kata panggil sahaja handsome boy. Tapi layanan dia memang tip top, dia akan layan anda dengan sangat sabar sekali. Dahsyat betul mereka melayan customer.
Teringat kata-kata Jack Ma, antara 3 orang yang terpenting dalam sesebuah syarikat adalah
1. Pelanggan
2. shareholders
3.Pekerja
Kat sini KAK LIN borong udang yang sekilo rm45. Besar jugak tau udang ni. Biasanya separuh KAK LIN akan masak udang celup tepung untuk anak-udang. KAK LIN akan togelkan udang tu, kemudian celup dengan tepung.Tepung yang KAK LIN gunakan, tepung ayam bestari. Sedap tau, KAK LIN tengok budak-budak ni kalau makan, dah macam makan nugget. KAK LIN dengan encik abg pun tumpang sekaki berlumba-lumba.
Muka happy lepas dapat ikan segar-segar.
Selepas habis KAK LIN borong di Jeti, misi mencari ikan pelaling. Ni memang antara feveret kami jugak. Tapi untuk ikan kecil-kecil begini, kat jeti memang tak ada. Kita kena pergi ke market Sekinchan tak jauh dari jeti. Anggaran dalam 5minit dari jeti.
Waktu ni KAK LIN beruntung sebab ikan pelaling fresh baru RM5 je sekilo. Terus en suami suruh borong 3kilo. Fuhh. Keluar dari pasar, kalau korang ikut pintu belakang pasar, korang akan keluar ke sawah padi. Terus je kekanan korang akan nampak hotel kabin sekinchan disebelah kanan korang terletak ditengah-tengah sawah padi. Kat sini siap sediakan beca tau untuk pelancong-pelancong pusing-pusing ke sawah. ada jugak KAK LIN ajak en suami naik beca tu. Siap encik suami kata takut pakcik tu tak larat nak kayuh je sebab KAK LIN gemok sangat. Sabar jela!
Habis cerita di SEKINCHAN, kami terus ke TG KARANG. Ni satu lagi antara kegemaran KAK LIN. Kopi homemade. Dia kisar biji kopi tu depan kita. Bau, rasa, aroma dia, perghhh....
Kalau beli sekilo rm18. Kalau penggemaar kopi macam KAK LIN ni, sebulan habis dah kot. Kalau korang ke tg karang jangan lupa roger-roger abang ni ye. Kopi dia memang terbaik.Habis KAK LIN borong kopi untuk bagi kat kawan-kawan dan jiran-jiran.
Sekian sahaja entri KAK LIN kali ni. Kalau jalan-jalan kat SEKINCHAN jangan lupa beli ikan segar ya.Pasti korang tak kecewa. Walaupun harganya agak mahal, tapi kepuasannya berganda. meh tepek sikit gambo romantik, sila jangan muntah ya!! Jumpa lagi di next entri.
Habis cerita di SEKINCHAN, kami terus ke TG KARANG. Ni satu lagi antara kegemaran KAK LIN. Kopi homemade. Dia kisar biji kopi tu depan kita. Bau, rasa, aroma dia, perghhh....
Kalau beli sekilo rm18. Kalau penggemaar kopi macam KAK LIN ni, sebulan habis dah kot. Kalau korang ke tg karang jangan lupa roger-roger abang ni ye. Kopi dia memang terbaik.Habis KAK LIN borong kopi untuk bagi kat kawan-kawan dan jiran-jiran.
Sekian sahaja entri KAK LIN kali ni. Kalau jalan-jalan kat SEKINCHAN jangan lupa beli ikan segar ya.Pasti korang tak kecewa. Walaupun harganya agak mahal, tapi kepuasannya berganda. meh tepek sikit gambo romantik, sila jangan muntah ya!! Jumpa lagi di next entri.
Kak lin cmne nk g pasar segar ni kak ..nk masuk simpang mn
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDekat balai tu dik, kt trafic light sekinchan tu, kalau dari tg karang, belah kiri
ReplyDeleteAssalam..ada kenal peniaga ikan disana?sy perlukn contact number dia boleh?
ReplyDeleteMaaf, tak de encik 😊
DeleteBuka dan tutup jam brape ye
ReplyDeleteAs salam leh share no borong brg basahnkat sekinchan tu,,tq
ReplyDeleteRasanya kedai hong king mooi fishery
DeleteAdakah boleh beli secara pukal?
ReplyDeleteSy nak buat bisnes jual ikan cam ne ye ,sy nak ambk ikan tu agak dlm rm500 ,n nak jual Kat kmpng sy cm ne ye blh untng ke
ReplyDeletehi nak tahu more details
ReplyDelete