Wednesday, 10 August 2016

Tugasan Harian Kak Lin


Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


Hari ni Kak Lin nak kongsikan tugasan harian Kak Lin. Maklumlah, hero bertiga serta menguruskan perniagaan dari rumah memerlukan Kak Lin menjaga masa dengan sebaik-baiknya. MASA ITU EMAS bagi Kak Lin sekarang. Kalau lari sedikit jadual Kak Lin, maka banyaklah kerka-kerja yang akan tertangguh.

Biasanya banyak tugasan dirumah yang Kak Lin lakukan 3 dalam 1, 4 dalam 1, 5 dalam 1. Ha, macam mana tu. Sambil menggoreng ikan menumis sayur, sambil basuh bilik air basuh baju, sambil mengemop enjut buaian. Sambil lipat kain followup customer. Kena multi tasking untuk pastikan kerja siap sebelum hero-hero pulang ke sekolah.


Pada kebiasannya, hari Isnin adalah hari membersihkan rumah, kerana Sabtu dan Ahad Kak Lin jarang berada dirumah. Selalunya Kak Lin akan manfaatkan 2 hari bercuti samamada pergi bercuti ataupun menuntut ilmu. Jadi kerja-kerja rumah jarang dilakukan pada hari SAbtu dan Ahad. Maka operasi besar-besaran adalah pada hari Isnin.

Kak Lin jarang beri tumpuan pada pages ataupun blog pada hari Isnin. Pada waktu inilah Kak Lin akan menyiapkan bahan-bahan masakan untuk seminggu. Kalau Kak Lin pulang ke Tg Karang, biasanya Kak Lin akan borong ikan segar untuk 2 minggu. Jadi hari Isnin adalah proses pengagihan ikan-ikan dan khazanah laut kedalam bekas untuk disimpan kedalam petiais.

Pada hari Isnin ni la Kak Lin sibuk mendobi baju yang berbakul-bakul hasil dari sesi menjelajah kesana sini. Sambil-sambil menunggu kain berpusing, Kak Lin menyiapkan bahan-bahan untuk diblender. Cili dan bawang memang Kak Lin blender awal-awal. Ini memudahkan Kak Lin untuk masak. Maklumlah si kecil tu agak sukar untuk berenggang dengan Kak Lin. Jadi Kak Lin perlu pantas melakukan kerja-kerja didapur.

Biasanya, Kak Lin akan lapang sedikit pada hari Selasa, Rabu dan Khamis, sekiranya Kak Lin tidak turun ke KL, Kak Lin akan menyiapkan page dan entri blog.

Bagi memotivasikan diri untuk mengikut  jadual waktu, Kak Lin akan tampal jadual waktu ni di tiga tempat dirumah Kak Lin. 1 didapur, 1 dibilik dan 1 disoho Kak Lin.

Kak Lin buat ke semua ni?

Tipu kalau Kak Lin kata Kak Lin mampu lakukan sempurna macam dalam jadual kan? Tapi sekurang-kurangnya Kak Lin mencuba untuk melakukan yang terbaik. Sekarang Kak Lin dalam proses untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual dengan sebaik-baiknya.

Kak Lin juga dalam proses untuk mengelakkan diri dari melayan telefon pada waktu 8 sehingga 10 malam untuk memberi tumpuan pada perkembangan anak-anak. Oleh sebab itu, Kak Lin mestilah menyiapkan segala-gala kerja pada waktu siang. Target Kak Lin untuk Aqeef adalah Aqeef mesti pandai membaca pada umur 4 tahun ni. Target Kak Lin juga, Aqeef mesti hafal 10 surah didalam Al-Quran. Tumpuan Kak Lin kena lebih pada mereka kali ni. Dah lama rasanya Kak Lin tidak fokus kepada anak-anak syurga setelah berkecimpung dalam dunia perniagaan ni. Jadi inilah masanya Kak Lin perlu disiplinkan diri untuk insan-insan yang Kak Lin sayang.

Misi " No Gadget " kali dah berjaya. Nanti Kak Lin sharekan bagaimana untuk katakan tidak pada dunia gadget.

Ok, berjumpa lagi di next entri.












No comments:

Post a Comment