Foto : Ezzalin Sidek
Selamat tengahari sahabat-sahabat Kak Lin. Hari Kak Lin nak bercerita tentang pokok vanilla. Sekarang ni Kak Lin agak sibuk dengan seminar usahawan, jadi tak sempat Kak Lin nak menjenguk taman Kak Lin. Pagi ni Kak Lin curi masa sedikit untuk melayan taman Kak Lin. Dalam membelek pokok-pokok Kak Lin ada 2 pokok yang Kak Lin nampak dah membesar.
Pokok Kubis dan Pokok Vanilla Kak Lin. Paling seronok Kak Lin tengok pokok vanilla Kak Lin. Pokok Vanilla Kak Lin dah bercambah tau. Mula-mula beli dulu rasa tak hidup je, tambahan dengan Kak Lin yang agak sibuk sejak kebelakangan ni. Tapi alhamdullillah, hidup juga vanilla Kak Lin ni.
Sahabat-sahabat semua nak tahu tak, Pokok Vanilla ni sebenarnya dari spesis orkid tau. Ok, Kak Lin terangkan lebih lanjut mana yang Kak Lin dah belajar ye.
Vanilla adalah dari spesis pokok orkid. Satu-satunya orkid yang boleh dimakan adalah vanilla. Pokok vanilla lebih menyerupai orkid spesis vanda,mokara dan arachnis. Kebiasaanya vanila ini memanjat dan mempunyai akar udara.
Pokok vanilla tidak memerlukan air yang banyak. Pokok vanilla ni lambat sikit bertunas, selagi daunnya berwarna hijau ini bermakna pokok vanilla ni masih hidup.
Pokok vanilla juga tidak boleh terendam dengan air. Pada usia vanilla kecil, ia memerlukan hanya 50% cahaya matahari. Bila pokok sudah matang, vanilla memerlukan 70% cahaya matahari.
Menarik kan?
Kak Lin pun baru tahu jugak tau. Kak Lin memilih untuk menggunakan Baja Organik Hadiqah untuk pembesaran pokok Vanilla Kak Lin. Alhamdullillah, nampaknya pokok vanilla Kak Lin dah hidup dengan jayanya.
Boleh Kak Lin buat 1 kesimpulan tak? Kak Lin nampak dunia pertanian dengan dunia perniagaan ni banyak sangat persamaanya.
1. SABAR
Dalam pertanian kita akan melalui banyak sangat proses sebelum kita menuai hasil. Kita akan lalui proses bertunas, bercambah, berbunga dan berbuah.
Begitu juga dengan perniagaan, sebelum kita nak capai apa yang kita impikan, kita akan lalui pelbagai proses.
Setiap proses yang kita lalui mengikut tahap kemampuan kita. Jangan impikan yang terlalu besar didalam berniaga kalau langkahnya tiada. Jangan bermimpi untuk menjadi CEO jika VMO syarikat pun masih belum dikenal pasti. Jangan bermimpi untuk menjadi jutawan, kalau 10 set produk sehari pun dah buat hidup kita huru hara, tak tahu mana yang perlu dilakukan dahulu. Mana yang perlu dilakukan kemudian.
KIta perlu harungi setiap proses dengan sabar. Belajar bagaimana nak bermula daripada bawah. Beajar dengan SABAR untuk mendapatkan hasil yang berkualiti.
2.SAINGAN
Bila anda menanam pokok, anda akan bersaing dengan pelbagai serangga yang terlalu menyukai tanaman anda. Kadang- kadang habis dimakan semua daun-daun anda. Kadang-kadang ada yang menyerang dari akar. Tapi bagaimana anda menangani masalah-masalah haiwan ini.?
Sekiranya anda dah menanam selama setahun pokok anda, perlukah anda buang tanaman anda hanya kerana seekor belalang?
Begitu juga dengan perniagaan, persaingan akan wujud, samaada ada melawan, atau membiarkan pasukan lawan?
Jangan takut untuk bersaing. Sekiranya anda mengalah, anda bukan seorang usahawan.Terimalah kenyataan yang setipa produk pasti ada pesaingannya yang tersendiri.
"Orang tak akan membeli kepada rambutan kerana dia menjual rambutan, tapi dia membeli kerana siapa yang menjual rambutan."
Tenang, dan sahut saingan dengan berani. Tonjolkan diri anda unik berbanding yang lain. Kaji USP produk anda. inshaallah, anda pasti dapat menangani pihak pesaing.
3.BAJA DAN ILMU
Baja adalah makanan kepada pokok. Untuk hidup segar dan menghasilkan buah yang berkualiti, pokok perlu dibaja
Begitu juga usahawan, ilmu adalah makanan hati dan jiwa kepada usahawan. Carilah ilmu dari pelbagai mentor yang dah berjaya didalam bidang yang beliau teroka.
Ada 4 mentor yang perlu kita cari.
- Mentor Keberanian & Motivasi
- Mentor Teknikal & Operasi
- Mentor Pengurusan dan Sistem
- Mentor Keagamaan
Jangan terlalu berkira untuk menimba ilmu, bimbang ilmu pun akan berkira untuk mendekati kita.
sekian coretan Kak Lin untuk tengahari ni, kita sambung di next entri ya!
No comments:
Post a Comment