Thursday, 26 April 2018

Kemunculan saya didalam dunia Forever Living


Assalamualaikum.

Lama sudah k.lin tidak menjengah blog ini. Hampir setahun rasanya meninggalkan dunia blog ni.
Alhamdullillah, selepas lama menyepi didalam dunia perniagaan kali ini k.lin memilih untuk terlibat didalam dunia MLM kembali.

Allah maha kuasa, jauh kak lin berlari untuk menjauhkan diri dari dunia MLM, tapi Allah hantar k.lin semula kedunia ni. Bermula hanya dengan sakit lutut ibu bertahun-tahun dan ibu meminta k.lin untuk membeli aloe vera sibotol kuning, maka k.lin terjebak dalam dunia MLM kembali.

Setelah mengkaji sedalam-dalamnya marketing plan forever living, akhirnya k.lin rasa inilah tempat yang paling sesuai untuk k.lin beraksi semula.

Ada 3 konsep didalam Forever Living yang buat K.lin jatuh cinta.

  1. Tiada Orang Tengah
  2. Tiada Pairing / Tiada Pyramid
  3. Tiada sistem point-point sebab Forever Living bayar melalui harga jualan.
Baiklah, K.lin terangkan satu persatu.

Tiada orang tengah








FLP adalah sebuah Syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1978 oleh Dr. Rex Maughan di Arizona, USA. Sudah 37 tahun rupanya. Dah lama dah. Bukan baru sehari dua atau setahun dua. FLP telah berada di hampir 160 buah negara.

Forever Living Products memiliki ladang aloe vera seluas 5,000 ekar di Republik Dominica yang merupakan ladang aloe vera yang terbesar di dunia. Selain itu, FLP juga memiliki ladang di Mexico dan Texas.

Forever menjadi pengeluar produk aloe vera yang berkualiti kerana selain mempunyai ladang sendiri, FLP juga merupakan Penanam, Pengilang dan Pengeluar kepada produk aloe vera mereka sendiri. Jadi, Forever adalah pengeluar produk aloe vera terbesar yang merangkumi 92.5% pengeluaran dunia.


Syarikat Forever Living Products memiliki ladang penternakan Lebah dan pemprosesan Madu Lebah yang terbesar di dunia.



Forever Living beroperasi secara terus kepada agent yang menjual yang dikenali sebagai FOREVER BUSINESS OWNER(FBO), yang mana tiada orang tengah. Tiada istilah stokis didalam Forever Living.Mana - mana FBO yang ingin membeli produk mereka boleh mendapatkan barang terus dari center berdekatan mereka. Malahan FBO boleh membeli produk forever di 160 negara terpilih yang telah dimasuki oleh Forever. Hanya berikan no id sahaja. Mudah kan?

Bila kesemuanya diuruskan oleh Forever Living tanpa penglibatan orang tengah, maka keuntungan yang diberikan kepada FBO adalah sangat besar. Sebab itu kak lin sangat teruja. Terus dari ladang ke kilang, dari kilang terus kepada center center diseluruh dunia. Wow, hebat bukan?




Tiada Pairing / Tiada Pyramid


Forever Living tiada istilah pairing atau pyramid. Yang paling k.lin suka, wlaupun hanya ada satu kaki manager, forever terus bayar royalti dengan satu kaki je!!

Tak perlu ada 5 kaki baru u nak dapat bonus royalti. K.lin tunjukkan cara pengiraannya ya!


Contoh, K.lin ada manager dibawah k.lin, hanya 1 MANAGER SAHAJA, Mardiana (Manager), dibawah Mardiana ada Aida dan dibawah Aida ada Suryanie.

Di setiap level k.lin akan dapat royalti sebanyak RM11,000 hanya pada satu kaki sahaja. dan royalti ni setiap bulan ya!

Itu k.lin baru bercerita tentang bonus royalti tau, ada 8 jenis bonus yang akan FBO dapat. Semuanya dibayar melalui harga jual. Fuhhhh...




Tiada sistem point-point 


Didalam forever, bonus anda dibayar melalui harga jual. bukan nilai RM yang ditukarkan kepada bentuk point.

K.lin beri contoh ya.

"Kak lin, bonus bayar harga jual tu macam mana?"

"Ok, macam ni, contoh awak jadi downline kak lin, awak beli harga 15% less sebab ahli, let see awak bila kat centre temerloh, dengan harga rm81, sebab awak ahli. Tapi forever bayar bonus kat k.lin dari belian awak sebanyak RM90 x 33% (RM29.70). So kak lin dapat bonus dari pembelian awak sebotol RM29.70."

Sambung kak lin

"Kak lin tak keluar modal kan? Awak pergi beli sendiri kat center kan? Kak lin just service produk apa nak makan je, kak lin dapatla RM29.70 tu. Tapi itu kalau awak beli sebotol, kalau awal beli set? Kalau awak beli berbotol2, agak2 berapa bonus kak lin dapat dari awak?"

Sampuk si dia

"Walaupun sy beli harga ahli, akak dapat bonus dari harga jual?"

Senyum kak lin menjawab

"Ye sayang, senang ke senang bisness forever ni?"

"Gila tak senang kak lin, senang gila"


ok, setakat ni dulu entri k.lin. Next k.lin akan ceritakan percutian mewah setahun 3 kali bersama forever. Salam kejayaan dari k.lin.