Saturday, 13 October 2018
Depresi ( Bahagian 1)
Teks : Ezzalin Sidek
Setiap orang ada cerita jatuh bangun didalam dunia bisnes. Macamtu jugak k. Lin.
K. Lin juga pernah mengalami fasa kejatuhan yang sangat teruk didalam bisnes. Teruknya sewaktu tu sehingga membawa k. Lin ke dunia DEPRESI. K. Lin kongsikan detik-detik hitam yang pernah k. Lin lalui.
Sebenarnya tak sanggup nak cerita benda pedih ni. Tapi takpelah, demi pengajaran. Tak larat untuk tulis semua sebab ianya terlalu pedih. Tapi, k. Lin harap benda ni akan jadi pengajaran untuk semua. Bisnes itu tak seindah yang kita dengar dan lihat.
Kenapa k. Lin mengalami tekanan sewaktu k. Lin jatuh.
✔️Hilang RM1xx,xxx dalam bisness trading baja bersama partner
✔️Terpaksa takeover loan kedai sebab buat atas nama sendiri. (ni memang bijak sangat)
✔️Terpaksa takeover loan kereta ford yang digunakan untuk buat marketing baja dan angkat baja(tak boleh nak jual sebab klu jual jatuh rugi dan kena byr balik. Sebulan 1k++)
✔️Time ambik kereta myvi dan ford dari kedai baja ada 10 saman atas nama k. Lin(ni sampai sekarang tak setel lagi)
✔️Personal loan yg kedai janji nak bayar, k. Lin kena take over. Bila tak dapat bayar bank suruh refer akpk untuk elak muflis (now nama k. Lin masih ada dalam akpk, inshaallah, by next year k. Lin keluarkan nama k. Lin, tengah kumpul duit nak setelkan semua)
✔️Bila keluar dari partnership, haram seposen pun dapat ganti rugi, malah semua hutang kena tanggung, semua modal burn.
Sebab apa kena depresion?
✔️Tak boleh terima kenyataan sebab k. Lin bekas pensyarah akaun yang ada degree in accountancy tapi boleh tertipu. Rasa bodoh sangat sebab tak guna pun yang belajar tu semua. Financial syarikat sendiri pun tak boleh nak pantau ðŸ˜
✔️Tak boleh terima kenyataan sebab pernah buat sales 200k sebulan di mlm lama. Pernah jadi top stokis, top 5 ppw, pernah buat sales 1juta++ setahun. Pernah jadi inspirasi dalam sales dan develop team. Bila buat produk sendiri, hancur lebur. Hangus semuanya.
✔️Income pernah 5 figure, berkepala 3x,xxx. Bila jatuh terduduk rm30 pun xde dlm bank ðŸ˜
✔️Bank call kiri kanan, 4 kereta. 2 je tinggal.
✔️Hutang dengan kawan2 pun banyak.
✔️Anak kecik2, susu pampers sekolah....
Wajar atau tidak k. Lin taknak jumpa orang selama setahun?
Wajar atau tidak k. Lin tak boleh nak bercakap dengan orang selama setahun? Padahal dulu k. Lin adalah pensyarah, dan k. Lin adalah leader.
Itu belum cerita fb lama yang dah ramai followers dan kawan kena hack. Tp time ni dh boleh handle depression.
So bagaimana k. Lin atasi depression tu?
K. Lin akan kongsikan lagi ya😘
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment