Monday, 17 June 2019

Kelate Kitchen



Teks : Ezzalin Sidek


Hari ni k. Lin nak share tempat makan kat setapak yang duk viral tu. Tempat dia senang je, dekat je dengan setapak mall.

"Kelate Kitchen"


(ni pandangan depan dari kelate kitchen tu


Masakan dia bagi k. Lin, ok la kot. Sebab mungkin time k. Lin datang tu, kami tak minta ayam goreng yang panas2 tu. Ayam yang dia bagi tu macam dah sejuk sikit. Tapi yang paling best teh tarik dia.

K.lin share video sikit.








(Teh ais ni yang paling viral ni. Teh beng jebok (madu ori katanya), harga dia boleh tahan, RM5. 50 secawan, tapi serius, memang sedap) 



(Kepak ayam madu dibakar depan kedai, nampak macam best, tapi menu ni k. Lin tak test) 



(k. Lin makan nasi kukus king, en suami makan nasi kerabu kambing bakar, kemain kan) 



(Selfie sebelum makan, kemain kan. Total kami makan berdua RM30) 


Thursday, 13 June 2019

FOREVER TO DRIVE (F2D)



Teks : Ezzalin Sidek


Hari ni k.lin nak cerita tentang insentif yang ada dalam forever. Salah satu insentif yang menjadi igauan setiap rakan kongsi didalam forever living.

Forever to drive adalah insentif yang diberikan oleh forever kepada fbo yang layak. 

Forever to drive adalah duit tabung kereta yang diberikan oleh forever setiap bulan selama 3 tahun.

Tapi,kalau tak nak gunakan duit tu untuk bayar duit kereta pun tak menjadi masalah.

Berapa yang forever bagi setiap bulan?


Berapa jumlah yang forever bagi adalah bergantung kepada level yang dicapai.

Bagi pencapai level 1,jumlah wang yang dterima adalah sebanyak RM1395 setiap bulan selama 3 tahun. Keseluruhan jumlah yang diterima adalah sebanyak RM 50,220 sepanjang 3 tahun.

Manakala pencapai level 2, jumlah wang yang diterima sebanyak RM2092 setiap bulan selama 3 tahun. Keseluruhan jumlah wang yang diterima adalah sebanyak RM75,330 sepanjang 3 tahun.

Untuk pencapai level 3, jumlah wang yang diterima adalah sebanyak RM2790 sebulan selama 3 tahun. Keseluruhan wang yang diterima adalah sebanyak RM100,440 sepanjang 3 tahun.


Best kan?







Alhamdullillah,pada bulan 8 2018,K.Lin berjaya mencapai insentif f2d ni. Allah,bersyukur sangat2. Yang paling best k.lin capai F2D ni saat k.lin baru habis pantang.

Kejayaan ni bukan milik k.lin sorang,tapi kejayaan ni adalah hasil usaha bersama dengan team yang menjadi tulang belakang k.lin selama ni.

Genap 2 tahun k.lin dalam forever living,akhirnya forever bayar duit kereta k.lin setiap bulan. Sangat2 best!!!


K.Lin sertakan gambar gambar waktu K.Lin terima F2D di success day kl dan di genting highlands.



(di success day, hotel istana kuala lumpur. Siap bawak baby humaira naik atas pentas)



(Selain reward duit setiap bulan selama 3 tahun,forever living bagi K.Lin reward ni untuk tampal kat kereta,k.lin masih belum tampal lagi..syg oiiiii)






(Mentor dan leader k.lin dalam forever,kalau diorang tak ketuk, tak ajar k.lin,mungkin k.lin tak sejauh ni,tq u allls..syg u alls ketat2)



(suami k.lin ofcourse,yang menjadi tulang,nadi,nyawa k.lin sepanjang masa. tq abi,luv u more la)



 (tak lupa teammate yang sangat2 awesome yang bersama2 K.Lin didalam forever)




( reward yang k.lin dapat, sebelah kiri dari company,sebelah kanan dari upline k.lin. Pen mont blanc tu. Ni pun k.lin tak guna,sayang weiii..mahal gila kot,dekat seribu katanya)

( dan ni adalah kereta impian k.lin dalam forever living,k.lin tak nak keluarkan duit K.Lin,K.lin nak forever bayar kereta ni untuk K.Lin. Jadi K.Lin kena capai Level 2. Doakan K.lin ya!)






Tuesday, 16 October 2018

Depresi (bahagian3)

Teks : Ezzalin Sidek


Bagaimana k. Lin atasi depresi (bahagian 3)



Alquran penaawar segala kedukaan.

Pernah terbaca ayat,

"Orang yang depression ni ko ingat diorang tak baca alquran?, suh baca alquran, memang diorang baca tapi sama je, tak boleh baik pun depression"

K. Lin huraikan ya, berdasarkan pengalaman k. Lin.

Sungguh waktu depression janganlah kau kata dengan orang tu, pergi solat, pergi baca alquran. Memang tak jalan. Silap-silap kita yang kena maki dengan dia.

jadi,bagaimana nak buat?

Alquran tulah penawar depresi sebenarnya. Tapi ramai orang tak paham.

Pernah dengar alquran tu adalah KALAMULLAH? Alquran tu adalah kata2 dari Allah. Semua keadaan kau yang serabut serabut tu, jawapan dia ada dalam Alquran tu.

Jangan baca alquran, tapi bercakap dengan dia.

Macammana?

K. Lin ajarkan.

✔Pegang Al Quran yang beserta dengan tafsir
✔Baca alfatihah
✔Baca ni Haza kalamullah.. Haza kalamullah.. Haza kalamullah.. (ini kalam allah, ini kalam allah, ini kalam allah)sambil tu letakkan alquran didada.
✔Baca doa ni,

"Ya allah, ini adalah kalammu yang teragung, aku benar2 buntu dan hilang arah, bercakaplah dengan aku melalui alquran ini. KAU berikan aku petunjuk disini, apakah cara yang perlu aku buat untuk menenangkan hati ku ini"

✔Bukak mana2 mukasurat dalam alquran baca tafsir tu.
✔Buat 3kali dan buat dengan yakin.

Buat benda ni setiap hari dengan yakin.

Sebenarnya banyak ayat2 yg k. Lin dapat, waktu tu terasa terkena kt batang hdung sendiri, menangis-nangis. Ya allah insaf rasa.

Ada satu ayat yg k. Lin ingat sampai bila-bila.

رَب اشرَحْ لى صدْرِى‏.وَ يَسرْ لى أَمْرِى‏. وَ احْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسانى يَفْقَهُوا قَوْلى

“Robis shrohli shodri wa ya shirli amri wah lul uqdatam mil lissani yah khohu khouli“

Artinya: Ya Tuhanku lapangkanlah dadaku, dan lancarkanlah lidahku serta mudahkanlah urusanku.

(QS Thaha : 25-28 )


K. Lin ingat ayat ni hanya doa. K. Lin taktahu ayat ni ada dalam alquran. Waktu tu rasa, jahilnya aku ya allah.

Tapi kenapa k. Lin dapat ayat ni?

Waktu k. Lin depresi, k. Lin hilang diri k. Lin yg boleh bcakap depan orang. Bila berdepan dengan orang, k. Lin jadi takut. Pernah satu tahap, berpeluh-peluh. Rasa macam tak kena bercakap dengan orang, apatah lagi nak bercakap kat depan. K.lin hilang punca.

Dan waktu k. Lin depresi tu, k. Lin dah join forever. Dalam forever pulak, kami banyak diajar untuk berdepan dengan prospek, buat demo, presentation dan sebagainya.

Allah, bibir kelu. Menggigil-gigil bila bercakap. Dan bila k. Lin dapat ayat tu, setiap kali present k. Lin akn baca ayat tu, dan tak tahu dari mana kekuatan tu datang, k. Lin boleh bcakap dengan yakin.

Bila k. Lin kaji ayat tu, rupa-rupanya Allah turunkan ayat tu kepada nabi musa sebab dia tak yakin untuk bercakap, kerana kisah nabi musa sewaktu waktu kecil dia pernah makan bara.Oleh kerana beliau makan bara yang panas tu,lidah beliau mengalami kecacatan sehingga sebutan perkataan beliau kurang jelas. Maka turunlah ayat ni kepada nabi musa.
.
Selain tu k. Lin juga belajar untuk memahami ayat2 didalam alquran.
.
Alquran penawar depresi, ia bukan untuk dibaca, tapi untuk difahami. Bercakaplah dengan "DIA", ada segala jaeapan dalam tu.

bersambung...

Depresi (bahagian 2)


Teks : Ezzalin Sidek



Bagaimana k. Lin atasi depresi bahagian 1


1. Redho

K. Lin percaya orang yang mengalami depression mesti ada sebab kenapa beliau terjerumus ke alam depresi tersebut.

Pertama, perkara yang dia kena buat adalah redho. Ye, bukan mudah untuk redho dengan apa yang berlaku ke atas diri

" Ye, korang tak rasa apa yang aku rasa, sebab tu korang boleh nasihat macam2"

Berhenti bercakap benda kat atas ni. Kena percaya, Allah hantar ujian tu untuk kita, bukan dia. Kita je yang tak bersyukur bila diuji.Allah uji tanda DIA masih sayang pada kita. Dia nak kita merayu merintih bercakap dengan Dia.

Bukan ke DIA suka kalau kita merayu2 dan merintih2 dengan DIA. syukurlah diuji. Bersyukurlah.
Redho atas ujianNya bukan dari bibir je. Ia perlu lahir dari hati yang paling dalam.

Angkat tangan dan berdoa

"Ya allah, aku redho atas ujianmu sekiranya ini yang akan menjadikan aku lebih baik pada hari esok, aku redho seredho2nya. Berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujianmu. Berikan aku ketenangan untuk meneruskan kehidupanku. Aku redho ya allah, aku redho"

Redholah setiap apa yang berlaku.

Situasi k. Lin, k. Lin redho, sehebat mana sebelum ni, kalau allah nak tarik, DIA tarik dalam sekelip mata je. K. Lin lepaskan semuanya.

K. Lin anggap semuanya bukan rezeki k. Lin. K. Lin tak nak dah tengok apa2 barang berkaitan dengan baja yang boleh mengingatkan k. Lin pada baja tu. K. Lin lepaskan semuanya dengan redho.

bersambung...

Saturday, 13 October 2018

Depresi ( Bahagian 1)


Teks : Ezzalin Sidek

Setiap orang ada cerita jatuh bangun didalam dunia bisnes. Macamtu jugak k. Lin.

K. Lin juga pernah mengalami fasa kejatuhan yang sangat teruk didalam bisnes. Teruknya sewaktu tu sehingga membawa k. Lin ke dunia DEPRESI. K. Lin kongsikan detik-detik hitam yang pernah k. Lin lalui.

Sebenarnya tak sanggup nak cerita benda pedih ni. Tapi takpelah, demi pengajaran. Tak larat untuk tulis semua sebab ianya terlalu pedih. Tapi, k. Lin harap benda ni akan jadi pengajaran untuk semua. Bisnes itu tak seindah yang kita dengar dan lihat.

Kenapa k. Lin mengalami tekanan sewaktu k. Lin jatuh.

✔️Hilang RM1xx,xxx dalam bisness trading baja bersama partner

✔️Terpaksa takeover loan kedai sebab buat atas nama sendiri. (ni memang bijak sangat)

✔️Terpaksa takeover loan kereta ford yang digunakan untuk buat marketing baja dan angkat baja(tak boleh nak jual sebab klu jual jatuh rugi dan kena byr balik. Sebulan 1k++)

✔️Time ambik kereta myvi dan ford dari kedai baja ada 10 saman atas nama k. Lin(ni sampai sekarang tak setel lagi)

✔️Personal loan yg kedai janji nak bayar, k. Lin kena take over. Bila tak dapat bayar bank suruh refer akpk untuk elak muflis (now nama k. Lin masih ada dalam akpk, inshaallah, by next year k. Lin keluarkan nama k. Lin, tengah kumpul duit nak setelkan semua)

✔️Bila keluar dari partnership, haram seposen pun dapat ganti rugi, malah semua hutang kena tanggung, semua modal burn.

Sebab apa kena depresion?

✔️Tak boleh terima kenyataan sebab k. Lin bekas pensyarah akaun yang ada degree in accountancy tapi boleh tertipu. Rasa bodoh sangat sebab tak guna pun yang belajar tu semua. Financial syarikat sendiri pun tak boleh nak pantau 😭

✔️Tak boleh terima kenyataan sebab pernah buat sales 200k sebulan di mlm lama. Pernah jadi top stokis, top 5 ppw, pernah buat sales 1juta++ setahun. Pernah jadi inspirasi dalam sales dan develop team. Bila buat produk sendiri, hancur lebur. Hangus semuanya.

✔️Income pernah 5 figure, berkepala 3x,xxx. Bila jatuh terduduk rm30 pun xde dlm bank 😭

✔️Bank call kiri kanan, 4 kereta. 2 je tinggal.

✔️Hutang dengan kawan2 pun banyak.

✔️Anak kecik2, susu pampers sekolah....

Wajar atau tidak k. Lin taknak jumpa orang selama setahun?

Wajar atau tidak k. Lin tak boleh nak bercakap dengan orang selama setahun? Padahal dulu k. Lin adalah pensyarah, dan k. Lin adalah leader.

Itu belum cerita fb lama yang dah ramai followers dan kawan kena hack. Tp time ni dh boleh handle depression.

So bagaimana k. Lin atasi depression tu?

K. Lin akan kongsikan lagi ya😘

Thursday, 26 April 2018

Kemunculan saya didalam dunia Forever Living


Assalamualaikum.

Lama sudah k.lin tidak menjengah blog ini. Hampir setahun rasanya meninggalkan dunia blog ni.
Alhamdullillah, selepas lama menyepi didalam dunia perniagaan kali ini k.lin memilih untuk terlibat didalam dunia MLM kembali.

Allah maha kuasa, jauh kak lin berlari untuk menjauhkan diri dari dunia MLM, tapi Allah hantar k.lin semula kedunia ni. Bermula hanya dengan sakit lutut ibu bertahun-tahun dan ibu meminta k.lin untuk membeli aloe vera sibotol kuning, maka k.lin terjebak dalam dunia MLM kembali.

Setelah mengkaji sedalam-dalamnya marketing plan forever living, akhirnya k.lin rasa inilah tempat yang paling sesuai untuk k.lin beraksi semula.

Ada 3 konsep didalam Forever Living yang buat K.lin jatuh cinta.

  1. Tiada Orang Tengah
  2. Tiada Pairing / Tiada Pyramid
  3. Tiada sistem point-point sebab Forever Living bayar melalui harga jualan.
Baiklah, K.lin terangkan satu persatu.

Tiada orang tengah








FLP adalah sebuah Syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1978 oleh Dr. Rex Maughan di Arizona, USA. Sudah 37 tahun rupanya. Dah lama dah. Bukan baru sehari dua atau setahun dua. FLP telah berada di hampir 160 buah negara.

Forever Living Products memiliki ladang aloe vera seluas 5,000 ekar di Republik Dominica yang merupakan ladang aloe vera yang terbesar di dunia. Selain itu, FLP juga memiliki ladang di Mexico dan Texas.

Forever menjadi pengeluar produk aloe vera yang berkualiti kerana selain mempunyai ladang sendiri, FLP juga merupakan Penanam, Pengilang dan Pengeluar kepada produk aloe vera mereka sendiri. Jadi, Forever adalah pengeluar produk aloe vera terbesar yang merangkumi 92.5% pengeluaran dunia.


Syarikat Forever Living Products memiliki ladang penternakan Lebah dan pemprosesan Madu Lebah yang terbesar di dunia.



Forever Living beroperasi secara terus kepada agent yang menjual yang dikenali sebagai FOREVER BUSINESS OWNER(FBO), yang mana tiada orang tengah. Tiada istilah stokis didalam Forever Living.Mana - mana FBO yang ingin membeli produk mereka boleh mendapatkan barang terus dari center berdekatan mereka. Malahan FBO boleh membeli produk forever di 160 negara terpilih yang telah dimasuki oleh Forever. Hanya berikan no id sahaja. Mudah kan?

Bila kesemuanya diuruskan oleh Forever Living tanpa penglibatan orang tengah, maka keuntungan yang diberikan kepada FBO adalah sangat besar. Sebab itu kak lin sangat teruja. Terus dari ladang ke kilang, dari kilang terus kepada center center diseluruh dunia. Wow, hebat bukan?




Tiada Pairing / Tiada Pyramid


Forever Living tiada istilah pairing atau pyramid. Yang paling k.lin suka, wlaupun hanya ada satu kaki manager, forever terus bayar royalti dengan satu kaki je!!

Tak perlu ada 5 kaki baru u nak dapat bonus royalti. K.lin tunjukkan cara pengiraannya ya!


Contoh, K.lin ada manager dibawah k.lin, hanya 1 MANAGER SAHAJA, Mardiana (Manager), dibawah Mardiana ada Aida dan dibawah Aida ada Suryanie.

Di setiap level k.lin akan dapat royalti sebanyak RM11,000 hanya pada satu kaki sahaja. dan royalti ni setiap bulan ya!

Itu k.lin baru bercerita tentang bonus royalti tau, ada 8 jenis bonus yang akan FBO dapat. Semuanya dibayar melalui harga jual. Fuhhhh...




Tiada sistem point-point 


Didalam forever, bonus anda dibayar melalui harga jual. bukan nilai RM yang ditukarkan kepada bentuk point.

K.lin beri contoh ya.

"Kak lin, bonus bayar harga jual tu macam mana?"

"Ok, macam ni, contoh awak jadi downline kak lin, awak beli harga 15% less sebab ahli, let see awak bila kat centre temerloh, dengan harga rm81, sebab awak ahli. Tapi forever bayar bonus kat k.lin dari belian awak sebanyak RM90 x 33% (RM29.70). So kak lin dapat bonus dari pembelian awak sebotol RM29.70."

Sambung kak lin

"Kak lin tak keluar modal kan? Awak pergi beli sendiri kat center kan? Kak lin just service produk apa nak makan je, kak lin dapatla RM29.70 tu. Tapi itu kalau awak beli sebotol, kalau awal beli set? Kalau awak beli berbotol2, agak2 berapa bonus kak lin dapat dari awak?"

Sampuk si dia

"Walaupun sy beli harga ahli, akak dapat bonus dari harga jual?"

Senyum kak lin menjawab

"Ye sayang, senang ke senang bisness forever ni?"

"Gila tak senang kak lin, senang gila"


ok, setakat ni dulu entri k.lin. Next k.lin akan ceritakan percutian mewah setahun 3 kali bersama forever. Salam kejayaan dari k.lin.



















Wednesday, 8 March 2017

FOKUS?



Cerita ni beri inspirasi pada saya.
==========================

Kisah ini bukan sahaja beri inspirasi pada saya,tapi menyentah seluruh jiwa raga saya ketika itu. Dan cerita ini saya ingat sampai ke hari ini.
.
Saya kongsikan sebagai satu inspirasi!!!
.
Perbualan ni satu ketika dulu bersama downline saya.
.
"Akak tengok ko ni banyak sangat buat benda,tak pening ke?"
.
'Saya tak kisah kak, asal saya dapat duit. Sebab matlamat saya nak kumpul rm12k dalam masa 3bulan,janji saya tahu control saya punya financial,ada saya kisah? Saya jual mcm2 ni la saya dah dpt kumpul 8k tau dalam saving saya,yang cakap banyak tu ada saving ke dalam akaun diaorg? Tolong saya kumpul duit rm12k tu ke?'
.
Merah padam muka saya waktu tu. Saya? Ofcourse sentap. Tapi saya keep positive.
.
"Baguslah engkau ni,ada matlamat clear dalam hidup,yang penting aku dapat rm12k lantaklah orang cakap apa kan?"
Dalam hati,ni kena cover ayat balik ni. Dah termalu.
.
Cerita ni sampai hari ni masih saya ingat. Sungguhpun ayat beliau sinis,tapi sampai hari ni saya belajar sesuatu.
.
Ada sesuatu yg sy respect.
.
BELAJAR UNTUK TIDAK BERHUTANG DAN MEMINTA2. BERUSAHA SELAGI BOLEH UNTUK MENCAPAI MATLAMAT.LANTAKLA ORANG LAIN KATA APA.
.
Lain orang lain ceritanya.
Kita tak tahu bagaimana kisah kita pula.


Belajar sesuatu? Feel free to share 😊

#wahmsuriprofesional