Teks : Noor Ezzalin
Bagaimanakah mahu memulakan bisness? Kita sering digembar gemburkan dengan keindahan dunia bisness. Sales yang berjuta-juta, tak cukup kaki tangan untuk post barang, agent dan dropship yang ramai didalam Malaysia. Alangkah indah sekiranya kita ditempat mereka.
Setiap perjalanan harus bermula dari bawah dahulu. Tidak salah untuk berimpian, tapi setiap impian perlukan dengan langkah yang berani.
Saya pernah terpikir, bagaimana rasanya sekiranya saya melihat duit berjuta-juta didalam akaun? Pandai ke saya menguruskan duit? Saya nak buat apa dengan duit yang banyak tu?Fuh, mesti mencabar kan. Sebab itu Allah Memberi kepada hambanya bila DIA rasa hambaNYA itu benar-benar sudah bersedia. Berbaik sangka dengan Allah. Bila kita masih belum kaya, muhasabah diri, dimana kurangnya kita.
"ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA"
Didalam dunia bisness strategi adalah point yang paling utama. Jatuh dan bangun dalam bisness itu perkara biasa. Persoalannya, bagaiman kita mahu bangkit selepas kejatuhan itu. Itu yang paling utama. Saya selalu berpegang pada satu prinsip :
"BIAR LANGKAH ITU PERLAHAN ASALKAN IANYA ISTIQOMAH, JANGAN LANGKAH ITU LAJU TAPI LELAH DITENGAH JALAN"
Pada pendapat saya, ada beberapa perkara yang perlu dilihat sekiranya kita mahu memulakan langkah didalam dunia perniagaan.
1. KENAPA
Ini adalah point yang paling penting untuk anda memulakan perniagaan anda. Kenapa anda mahu berniaga. Adakah anda berniaga kerana minat? Ikut trend? Membantu keluarga? Nak duit? Nak bantu ekonomi orang lain? Membina empayar?
Pastikan anda benar-benar tahu kenapa anda mahu berniaga. Tetapkan matlamat anda baru anak panah akan tersasar pada tempat yang betul.
Setiap orang mempunyai matlamat yang berbeza, yang menjadikan seseorang itu unik adalah bagaimana mereka bekerja secara luar biasa untuk mencapai matlamat tersebut.
Jadi, perkara yang paling penting adalah kenal pasti matlamat sebenar.
2. APAKAH
Bila anda sudah kenal pasti matlamat anda, cari apakah produk yang mahu anda jual.
Belajar mengenai market produk. Pastikan anda benar-benar memahami tentang produk tersebut.
Jangan berniaga kerana terlalu mengikut trending market. Pesan saya, belajar bagaimana untuk sebarkan manfaat produk, pasti produk anda akan terjual dengan mudah.
3.BILA
Bila anda boleh memulakan perniagaan? Anda perlukan modal yang besarkah untuk memulakan perniagaan? Anda perlu ada kedai untuk memulakan perniagaan?
Anda hanya perlukan KEINGINAN + TINDAKAN YANG LUAR BIASA untuk berniaga.
Bukanlah saya kata duit bukan faktor utama, duit adalah segalanya. Banyak perniagaan diluar yang boleh dilakukan tanpa modal dan tanpa kedai.
Anda boleh memulakan perniagaan anda dengan sistem dropship atau affiliate. Anda tidak perlu laburkan duit untuk membeli stok. Anda tidak perlu ada kedai untuk menyimpan stok. Pada saat inilah anda perlu belajar bagaimana untuk menangani kerenah pelanggan, bagaimana untuk menggunakan sistem dengan betul, menguruskan cash flow dengan betul, belajar bagaimana trend market. Disini adalah fasa untuk anda belajar.
4.BAGAIMANA
Bila keuntungan mula bertambah, anda sudah bersedia untuk menyimpan stok sendiri, disinilah bermulanya risiko yang sebenar. Anda sudah mara ke langkah seterusnya. Berhati-hati dengan pengurusan wang ya!
Pastikan anda mengasingkan akaun peribadi dan akaun perniagaan.
Pastikan anda benar-benar memahami produk anda. Bila anda boleh menjawab pertanyaan pelanggan dengan yakin, anda benar-benar sudah memahami produk anda.
Bagaimana mahu memastikan anda terus mara ke sasaran anda adalah dengan berguru. Carilah MENTOR yang boleh mengajar anda dibidang yang anda ceburi. Tanya dan belajar dengan sepenuh hati. Bila berguru dengan orang yang betul, kebarangkalian untuk "jatuh" didalam perniagaan itu tipis.
ILMU YANG BETUL + MENTOR YANG BETUL = SUKSESS
5.SIAPA
Pastikan anda benar-benar tahu siapa yang perlukan produk anda. Biasanya kuasa membeli lebih kepada wanita. Sekiranya anda menggunakan channel FB ADS, pastikan sasaran anda benar-benar tepat mengikut umur, jantina, interest, tempat dan sebagainya.
6.DIMANA
Dimana anda mahu menjual?
Seiring dengan kecanggihan teknologi sekarang,pelbagai "marketing channel" boleh digunakan. Antaranya pemasaran melalui facebook, instagram, emel, website, google ads, you tube, twitter, whatsapp, sms,
Anda juga boleh menyertai mana-mana event, booth, car booth sales untuk mempromosikan produk anda. Pada waktu inilah anda boleh mempersembahkan skills yang sedia ada. Nah, tunjukkan pada mereka, betapa anda benar-benar paham dengan produk anda!
"Jatuh dan bangun dalam dunia bisness adalah perkara biasa, tapi bagaimana mahu bangun selepas jatuh itulah yang luar biasa"
SELAMAT MENCUBA SAHABAT-SAHABAT.
No comments:
Post a Comment