Tuesday, 9 August 2016

Masa itu emas

Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


Sebenarnya tugasan sebagai WAHM bukanlah semudah yang disangka. Pengurusan masa perlulah lebih sempurna. Kalau sewaktu Kak Lin bekerja dahulu, perlu puch card pada pukul 9.00 pagi dan punch card pulang pada pukul 6 petang. Kini, bila bergelar WAHM masa Kak Lin tidak la begitu terikat dengan punch card, tapi sebagai WAHM masa adalah aspek yang paling utama yang perlu dititikberatkan.
Sama seperti waktu bekerja, perlu ada jadual dan tugasan harian, begitu juga bila Kak Lin dah bergelar WAHM ni.
Ada 2 perkara utama yang Kak Lin ingin tekankan dalam pengurusan waktu sebagai WAHM ni. Pertama adalah jadual dan yang kedua adalah to do list.


JADUAL
Kak Lin bahagikan jadual Kak Lin kepada 2 jadual.

1. Jadual Harian
Di jadual harian Kak Lin akan senaraikan aktiviti -aktiviti yang Kak Lin lakukan sepanjang minggu. Hari apa yang perlu Kak Lin basuh baju, hari apa yang perlu Kak Lin update page, hari apa yang perlu Kak Lin pergi pasar. Pendek kata disinilah jadual dari mula- mula Kak Lin celik mata sehingga Kak Lin tutup mata.

2. Jadual Masakan.
Biasanya Kak Lin akan plan awal-awal masakan untuk seminggu. Sebenarnya perkara ini memudahkan Kak Lin menyediakan barang-barang untuk masak untuk seminggu. Segalanya telah diblender, dipotong dan diasing mengikut bahagian-bahagian yang perlu. Sekiranya minggu tu Kak Lin gagal untuk merancang dan membuat jadual masak untuk seminggu, maka keraplah Kak Lin kekedai atau makan kat luar kerana banyak benda yang tak dapat disempurnakan dengan cepat. Maklumlah anak -anak hero belaka, maka Kak Lin kena jadi heroin untuk bekerja lebih cepat dari hero-hero yang ada.


TO DO LIST
Pada kebiasaanya Kak Lin akan menyenaraikan to do list pada waktu malam.  Jadi, bila bangun pagi Kak Lin dah tahu perkara apa yang perlu Kak Lin lakukan.
Biasanya Kak Lin akan menyenaraikan tugasan sehingga ke 5 ke 7 tugasan sahaja. Kadang-kadang 5 tugasan tu pun Kak Lin tak dapat sempurnakan pada hari yang sama.

Tugasan diagihkan mengikut keutamaan. Biasanya Kak Lin akan setkan berapa jam perlu Kak Lin berada pada tugasan tersebut. Bila Kak Lin dapat menyiapkan tugasan dengan lebih cepat Kak Lin akan reward diri dengan menonton televisyen. Tapi ini jarang berlaku. Kak Lin hanya mendengar sayup-sayup suara tv sahaja.
Kelebihan sekiranya kita menetapkan masa pada setiap tugasan adalah kita lebih fokus dengan tugasan kita dan secara automatik kita tidak akan bergosip-gosip didalam group-group whatsapp. Andai ada gosip-gosip didalam group whatsapp 'pandu lalu' sahaja. Yang penting adalah menyiapkan tugasan -tugasan kita.

Sekiranya Kak Lin tidak merancang jadual dan membuat to do list pada minggu tu, maka banyak kerja yang akan tertangguh, banyak masa yang tidak digunakan dengan begitu sempurna.

Bagi Kak Lin, sangat penting perancangan didalam kehidupan walaupun anda hanya menjadi suri bergaji dirumah. Bagaimana jadual anda semua? Cuba kongsikan dengan Kak Lin.


No comments:

Post a Comment