Wednesday, 8 March 2017

FOKUS?



Cerita ni beri inspirasi pada saya.
==========================

Kisah ini bukan sahaja beri inspirasi pada saya,tapi menyentah seluruh jiwa raga saya ketika itu. Dan cerita ini saya ingat sampai ke hari ini.
.
Saya kongsikan sebagai satu inspirasi!!!
.
Perbualan ni satu ketika dulu bersama downline saya.
.
"Akak tengok ko ni banyak sangat buat benda,tak pening ke?"
.
'Saya tak kisah kak, asal saya dapat duit. Sebab matlamat saya nak kumpul rm12k dalam masa 3bulan,janji saya tahu control saya punya financial,ada saya kisah? Saya jual mcm2 ni la saya dah dpt kumpul 8k tau dalam saving saya,yang cakap banyak tu ada saving ke dalam akaun diaorg? Tolong saya kumpul duit rm12k tu ke?'
.
Merah padam muka saya waktu tu. Saya? Ofcourse sentap. Tapi saya keep positive.
.
"Baguslah engkau ni,ada matlamat clear dalam hidup,yang penting aku dapat rm12k lantaklah orang cakap apa kan?"
Dalam hati,ni kena cover ayat balik ni. Dah termalu.
.
Cerita ni sampai hari ni masih saya ingat. Sungguhpun ayat beliau sinis,tapi sampai hari ni saya belajar sesuatu.
.
Ada sesuatu yg sy respect.
.
BELAJAR UNTUK TIDAK BERHUTANG DAN MEMINTA2. BERUSAHA SELAGI BOLEH UNTUK MENCAPAI MATLAMAT.LANTAKLA ORANG LAIN KATA APA.
.
Lain orang lain ceritanya.
Kita tak tahu bagaimana kisah kita pula.


Belajar sesuatu? Feel free to share 😊

#wahmsuriprofesional

BERANI BANGKIT

Pengalaman lalu ajar kak lin untuk jadi lebih berani dalam dunia bisness.
.
Kak lin dah pernah cuba didalam dunia trading dan mlm. Bagi kak lin kedua2nya ada nilai masing2. Kedua2nya ada baik dan buruknya.
.
Ada juga insan2 yang memperlekehkan perjalanan bisness kak lin,ada yang kata
'semua ko nak buat'
.
Kak lin balas dengan senyuman. Tak apa, ada pengalaman yang mahal yang kak lin belajar dari setiap kesilapan kak lin. Ada harga yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit yang kak lin terima.
.
Bagi kak lin, setiap perjalanan yang diatur oleh ALLAH itu pasti bersebab. Tak guna mengadu domba, tak guna menuduh sini sana. Sebab memang perjalanan itu dah ditakdirkan. Jadi,terima sahaja!
.
Kak lin baru setahun jagung dalam dunia bisness,tapi ALLAH dah bagi kak lin rasa dan lihat banyak perkara dalam dunia perniagaan ni.
.
Selain kenal ramai orang dalam dunia perniagaan, berniaga ni juga mengajar kak lin mengenal diri dan mengenal maha pencipta. Syukur Allah pilih kak lin.
.
.
Setiap orang pasti ada cerita mereka tersendiri, kak lin doakan sahabat2 bisness semua sentiasa tabah dan kental dalam mengharungi dunia bisness yang penuh mencabar ni.
.
Jangan takut dengan cabaran!!
Belajarlah dari kisah rama2 yang keluar dari kepompong sendiri.😊😊

JANGAN LETAK TELUR DALAM SATU BAKUL






Dulu waktu kak lin belajar,ayat ni selalu disebut oleh lecturer investment kak lin.

"Dont put all your eggs in one basket"

Dan benda ni yang kak lin pegang dalam dunia bisness kak lin.


Tapi kalau nak letak semua telur dalam 1 bekas boleh,tapi kena kreatif supaya telur tadi tak pecah. Tips Kak Lin:


1. Buat sesuatu kelainan.
2. Gunakan strategi agar telur tu tak bertembung dengan telur yang lain.
3.Pilih bakul yang stabil



Bagi kak lin Letak telur didalam satu bakul ada baik dan buruknya. Segalanya terpulang pada strategi masing2. Apa yang paling penting adalah strategi. Dapat sesuatu?

ANDA PENIAGA? PASTIKAN CHECKLIST NI DAH BUAT.



"Lin takde pun orang nak beli dengan aku. Aku dah sharing dah. Giveup camni πŸ˜“"

Jangan giveup sayang. Meh tgk checklist ni kejap.

+Solat dhuha dah hari2?

+Surah Al-Waqiah dah baca hari2?

+Solat fardhu dah complete?

+Bulan lepas dah bagi Ibu dan ayah duit?

+Sebelum keluar rumah dah sediakan makanan/masak untuk anak2 dan suami?

+Sedeqah dah buat?

+Dah buat LIST TO DO?

+Dah buat 10 strategi yg berbeza setiap bulan dan tampalkan?

+Dah tampal KPI?

+Dah sharing dengan atleast sehari 5orang prospect secara personal?

+Dah gi mana2 seminar bulan lepas? Atleast sebulan sekali?

+Dah tulis kat dinding berapa percent KPI dah tercapai?

+Dah lukis impian dan tampal?

+Sebelum tido setiap hati dah berangan impian dh tercapai?





Bayakkan list untul berjaya? Dah buat semua? Kalau belum buat jangan tanya kenapa masih ditahap itu.


Bukan salah orang,tapi salah diri. Semoga memberi inspirasi pada anda.


Share tanda anda setuju dengan kak lin😚

ANAK ITU SATU ANUGERAH








Adakalanya letih dengan kerenah si anak,

Adakalanya putus asa dengan ragam si anak,


Adakala hilang sabar,

Adakala hilang kewarasan,
.
Wahai ibu...

Wahai ayah..

Masih ingatkah ibu saat pertama tendangan didalam perut ibu?

Masih ingatkah ayah saat pertama ayah azan dan iqomat?

Masih ingatkah ibu saat sakitnya ketika melahirkan?

Masa ingatkah ayah saat berdebar menunggu kelahiran?

Ibu...Ayah...

Kawal amarahmu,
.
Kawal kata2mu,

Kerana lahirnya mereka untuk dicorrakkan

Kerana lahirnya mereka kerana ingin memberi PAHALA pada kita semua.

Jaga mereka,jangan disia2kan






BREAK EVENT POINT

BREAK EVEN POINT!!
-------------------------------------------
Pernah dengar?
Breakeven point adalah suatu keadaan dimana dalam suatu operasi perusahaan tidak mendapat untung maupun rugi.
.
Sekiranya ada berada difasa ini,cuba lakukan starategi yg berbeza dari sebelum2 ini sebelum anda terjun ke fasa KERUGIAN.
.
Sekiranya anda terjumpa fasa KERUGIAN dan 6 bulan berturut2 anda tidak boleh keluar dari fasa tersebut, anda perlu tinggalkan bisness tersebut.
.
Takde orang yang nak buat biz yang rugi!
.
.
Untung dikira dengan menolak nilai sales anda kepada semua belanja anda dan ditambah dengan income lain yang menyumbang kenaikan profit anda didalam bisness tersebut.
.
.
.
Dapat sesuatu????

KISAH ALIF BUDAK PASAR MALAM.




"ALIF JUAL APAM BALIK JE KAK.."
=============================

Ni kisah seorang peniaga pasar tani dibawah kelolaan suami kak lin. Kak lin masih ingat 4tahun lepas, waktu tu aqeef tak sampai lagi setahun.
.
Datang seorang pemuda ke suami kak lin. Dari lagak gayanya kak lin rasa beliau tidaklah berpendidikan tinggi. Gaya pertuturan bahasanya pula kak lin dapat rasakan yang beliau ni betul2 lurus alang. Sangat lurus.
.
Pertama kak lin jumpa, dia berungut kat suami kak lin sales apam balik langsung tidak meberangsangkan.
.
Setiap kali kak lin ikut ke psr tani..stiap kali tu la rungutan yg sama yg kak lin dgr.
.
Tapi Setiap kli jumpa suami kak lin, beliau akan tanya mana2 event yg boleh beliau masuk. Dan setiap kali berjumpa pasti dia akan beri apam balik percuma pada kami.
.
Pernah sekali kak lin bgtau suami kak lin
.
"Kesian kan abg aliff tu,selalu apam balik dia tak habis. Tapi dia selalu bagi kita percuma..tak pernah miss..kalau dia mnta nak msuk event tu muka dia bersungguh2..kesian tgk muka dia..tp dia tu mmg nmpk baik la,lurus je budak dia.."
.
.
.
.
Kisah ini 4tahun lepas, baru2 ni suami kak lin duk tanya.
.
"Sayang ingat tak kat alif? Yang jual apam balik tu?"
.
Dalam hati kak lin,mana boleh kak lin lupakan budak ni,terbayang2 stall apam balik dia yg agak uzur tu.
.
"Ingat,nape? Yang selalu bagi free tu kan?"
.
"Aah,dia dah kaya sekarang,dah pergi oversea,dah jadi chef untuk apam balik,bergambar dengan artis semua,pakai kereta besar"
.
"Eh budak yang jual apam balik kat kuala klawang tu kan? Peserta pasar tani tu kan?"
.
"Ye, ni gambar2 dia. Tengoklah"
.
'Subhanallah,hebat sunnguh kuasa MU Allah'
Panjang kak lin tarik nafas. Terbayang2 muka dia yang sangat lurus tu.
.
.
.


Ada sesuatu yg kak lin belajar dari kisah alif
===================================

+Bersihkan hati
+Sabar dan konsisten dalam melakukan bisness
+Bersedekah
+Cari peluang bukan tunggu peluang
+ Promote dan brandingkan diri tanpa putus asa
+Nak kaya kena usaha
.
.
Inshaallah..kalau ada masa kak lin nak jumpa dia sendiri,kita buat live tanya pengalaman dia sendiri. Mesti best kan
.
**kalau usaha kita sekerat2 kejayaan pun akan datang sekerat2. Buangkan semua sifat negatif,buangkan semua sifat pentingkan diri. Perjalanan kita masih jauh. Yang depan kita xtau,tapi sekurang2nya kita dah bersedia dengan segala perisai pada waktu ni.😁
.
.
+Berkongsi yang baik,
+Bercerita yang baik,
+Bercakap yang baik,
+Menulis sesuatu yang baik. 










GLAMOUR VS KONSISTENSI



Dulu
.
Pulang kekampung, melihat kedai apek menjual perkakas dapur.
.
Sekarang.
.
Pulang ke kampung masih melihat kedai apek menjual perkakas dapur.
.
Barang yang ada sudah diupgrade mengikut keperluan semasa.
.
Kedai masih utuh seperti zaman kecil dulu. Cuma ditambah baik sedikit. Tidaklah terlalu indah sehingga menghilangkan keaslian yang dulu.
.
Setahun yang lalu...
.
Melihat kedai yang baru dibuka. Grand openingnya ada bunga segar di pintu menyerlahkan keglamoran BRAND yang baru dicipta. Hiasana lampu, rak kaca menambahkan lagi keutuhan jenama. Nampak bergaya, nampak cukup sempurna. Gah, tidak seperti kedai apek menjual barang2 dapur.
.
Kini,setahun telah berlalu....
.
Lelongan barang2 didalam kedai sempena PENUTUPAN KEDAI. Tiada lagi keglamoran,tiada lagi lampu. Yang ada kertas kuning biru merah yang bertulis 50%,70%,80%.
.
Helaku makin panjang...
.
Kumelihat hanya satu..
.
KEGLAMORAN vs KONSISTENSI.
.
Rasanya ingin belajar daripada apek di kg, bagaimana untuk bertahan didalam arena perniagaan. Walau banyak pasaraya, walau banyak pusat borong, APEK tetap disitu,tetap setia dengan kipas ditangan, tetap setia dengan pagoda putih kesayangan.




SELAMAT HARI WANITA




Wanita,
Siapapun anda,
Dari lapangan mana pun anda,

Anda punya kekuatan yang luar biasa,
Anda mampu ukirkan senyuman yang sempurna,

Itulah Anda!!
Insan yang sering dikagumi,
Insan yang sering dihormati,

Wanita,
Andalah wanita yang tangisnya tiada airmata,
Andalah wanita yang lukanya tiada nampak darah,
Andalah wanita yang senyumnya tiada tawar,

Wanita,
Kuatnya anda kerana anak-anak perlukan perlindungan,
Gigihnya anda kerana perut anak-anak yang perlu diisi,
Hebatnya anda kerana ada impian anak-anak yang perlu anda penuhi.

Wanita,
Ceritanya berbeza, 
Tapi nalurinya tetap sama, 
Walaupun berjiwa lembut tapi keras pada semangatnya.

SELAMAT HARI WANITA