Dulu
.
Pulang kekampung, melihat kedai apek menjual perkakas dapur.
.
Sekarang.
.
Pulang ke kampung masih melihat kedai apek menjual perkakas dapur.
.
Barang yang ada sudah diupgrade mengikut keperluan semasa.
.
Kedai masih utuh seperti zaman kecil dulu. Cuma ditambah baik sedikit. Tidaklah terlalu indah sehingga menghilangkan keaslian yang dulu.
.
Setahun yang lalu...
.
Melihat kedai yang baru dibuka. Grand openingnya ada bunga segar di pintu menyerlahkan keglamoran BRAND yang baru dicipta. Hiasana lampu, rak kaca menambahkan lagi keutuhan jenama. Nampak bergaya, nampak cukup sempurna. Gah, tidak seperti kedai apek menjual barang2 dapur.
.
Kini,setahun telah berlalu....
.
Lelongan barang2 didalam kedai sempena PENUTUPAN KEDAI. Tiada lagi keglamoran,tiada lagi lampu. Yang ada kertas kuning biru merah yang bertulis 50%,70%,80%.
.
Helaku makin panjang...
.
Kumelihat hanya satu..
.
KEGLAMORAN vs KONSISTENSI.
.
Rasanya ingin belajar daripada apek di kg, bagaimana untuk bertahan didalam arena perniagaan. Walau banyak pasaraya, walau banyak pusat borong, APEK tetap disitu,tetap setia dengan kipas ditangan, tetap setia dengan pagoda putih kesayangan.
No comments:
Post a Comment