Friday 12 August 2016

Katakan tidak pada telefon bimbit

Teks : Ezzalin Sidek
Foto : Ezzalin Sidek

Selamat pagi semua.
 Seperti yang dijanjikan hari ni Kak Lin nak kongsikan bagaimana Kak Lin bertegas untuk tidak memberi telefon bimbit kepada anak-anak.

Misi "NO HANDPHONE" ni bukanlah boleh diasuh dalam tempoh sehari dua. Misi ini memerlukan kerjasama, kesabaran dan fokus yang tinggi. Kadang- kadang rasa serba salah juga bila anak-anak syurga Kak Lin ralit memandang rakan-rakan sebaya dengan gadget masing-masing, terutamanya bila pulang ke kampung. Tapi Kak Lin tetap nekadkan hati untuk menjalankan misi " NO HANDPHONE" ni.

Pernah ada yang memerli Kak Lin
" Engkau ni benda lain boleh beli, setakat handphone tu, takkan tak boleh beli untuk anda"

Kak Lin pekakkan je telinga. Kak Lin ada 2 handphone extra. Bukan Kak Lin tak boleh bagi. Kak Lin memang taknak.

Bagaimana mahu menjayakan misi " NO HANDPHONE"?

1. AKTIVITI.
Sebenarnya anak- anak syurga ni hanya mahukan keseronokan, jadi mereka lihat handphone adalah salah satu bahan yang menyeronokkan. Sebagai ibu bapa, kita cuba gantikan keseronokan handphone dengan aktiviti - aktiviti yang mudah. 

Memang agak bersepah sedikit, tapi cuba cari 1 ruang dimana kita boleh melakukan aktiviti bersama- sama dengan anak.


Ingat ye, aktiviti bersama anak! Maka kita pun kena ketepikan handphone juga. Itu perkara asasnya. Ni antara antara aktiviti dirumah Kak Lin bersama- sama anak.











2. KERJASAMA.

Kerjasama antara suami dan isteri sangat penting. Bagaimana?
Ketepikan handphone ketika bersama anak- anak. Jangan melihat handphone pada kekerapan yang sangat tinggi. Baru posting di FB dah sibuk menjengah berkali-kali notification yang keluar. Tetapkan waktu untuk melihat handphone. Sekiranya anak- anak melihat kita pun masih ralit dengan handphone, bagaimana kita mahu mendidik mereka untuk tidak menggunakan handphone. Sebenarnya yang mereka mahu adalah perhatian kita sahaja. Jadi bekerjasama dengan suami untuk tidak kerap melihat handphone, terutamanya didepan anak-anak.

3. ZON LARANGAN

Zon- zon larangan melihat handphone adalah di
1. Meja makan
2. Diatas sejadah
3. Atas katil sewaktu nak tidur
4. Dapur ketika memasak dan mengemas dapur.
Yang paling Kak Lin pantang adalah diatas meja makan. Bagaimana nak menjayakan misi, sekiranya dimeja makan pun kita masih ralat dengan handset? Luangkan masa makan yang berkualiti bersama anak-anak.
Ingat, mereka perlukan perhatian.

4. FOKUS

Pada permulaan untuk menjayakan misi, memang agak sukar. Cuba larikan fokus anak- anak terhadap handphone. Adakalanya anak-anak akan protes untuk menunjukkan sifat tak puas hati mereka. Dalam keadaan ini, peluk anak-anak, alihkan perhatian mereka terhadap benda lain. Berikan mereka fokus terhadap sesuatu yang menyeronokkan. Faham dan kaji minat mereka.

Minat setiap anak berbeza, dari pemerhatian Kak Lin, Muhammad Aqeef Danish minatnya lebih kepada aktiviti melukis, mewarna, mencantum, potong sayur. Aqeef lebih kepada aktiviti-aktiviti seni.

Manakala Muhammad Aqeel Daniel pula, lebih kepada aktiviti -aktiviti yang banyak melakukan pergerakan, bermain dengan bola, menari, bercerita dengan emosi, menyanyi

Jadi fokus kepada aktiviti -aktiviti yang mereka suka. Inshaallah mereka akan lupakan handphone buat sementara.

5. BERMAIN DI LUAR.

Pada waktu petang, biarkan anak-anak bermain diluar. Laburkan sedikit duit untuk membeli basikal untuk mereka. Biarkan mereka dengan aktiviti-aktiviti yang sihat.

Rajin-rajinkan diri untuk bawa mereka ke padang permainan. Biasanya Kak Lin akan bawa mereka ke kompleks belia di Paroi.
Bila mereka penat bermain, bila waktu malam, mereka akan tidur pada awal waktu.



Sebenarnya mudah sahaja untuk menjayakan misi "NO HANDPHONE" ni. Memang keadaan akan jadi sedikit huru hara, dan kita akan sedikit letih. Tapi percayalah, anak-anak akan membesar dengan sempurna. Andainya mahu berikan mereka handphone, beri mereka aplikasi yang berguna dan dipantau sepenuhnya oleh ibu bapa. Jangan lupa, had kan juga waktu agar mereka faham dan sentiasa disiplin tentang waktu.

Anak - anak umpama kain putih, kita yang mencorakkannya.


Kak Lin belanja gambar hero- hero Kak Lin ya! Jumpa lagi di next entri!!



2 comments: