Wednesday, 8 March 2017

SELAMAT HARI WANITA




Wanita,
Siapapun anda,
Dari lapangan mana pun anda,

Anda punya kekuatan yang luar biasa,
Anda mampu ukirkan senyuman yang sempurna,

Itulah Anda!!
Insan yang sering dikagumi,
Insan yang sering dihormati,

Wanita,
Andalah wanita yang tangisnya tiada airmata,
Andalah wanita yang lukanya tiada nampak darah,
Andalah wanita yang senyumnya tiada tawar,

Wanita,
Kuatnya anda kerana anak-anak perlukan perlindungan,
Gigihnya anda kerana perut anak-anak yang perlu diisi,
Hebatnya anda kerana ada impian anak-anak yang perlu anda penuhi.

Wanita,
Ceritanya berbeza, 
Tapi nalurinya tetap sama, 
Walaupun berjiwa lembut tapi keras pada semangatnya.

SELAMAT HARI WANITA





No comments:

Post a Comment