Monday 8 August 2016

Kelas Asas Blog Bisness ABDR

Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


Alhamdullillah,selesai sudah kelas blog ABDR bersama CIKGU ANYS IDAYU BIN ZAKARIA. Sebenarnya Kak Lin sudah lama menjadi anak murid cikgu Anys ni.Tetapi kali ni Kak Lin nekad untuk memujuk cikgu anys untuk turun ke Sg Buloh bagi sesi pembelajaran secara offline. Maklumlah, kalau online ni Kak Lin ni agak perlahan sedikit.

Pelbagai cabaran untuk mengumpulkan peserta,tapi Kak Lin nekad memujuk kerana Kak Lin tahu belajar dengan guru yang berpengalaman akan membawa mereka kepada jalan yang cepat dan mudah.
Berbalik kepada cerita mengenali cikgu anys, Kak Lin mengenali beliau selepas menyertai Kelas membina blog bersama ABDR. Kemudian berjumpa kembali didalam satu kumpulan GSL.(GROUP SUPPORT LIKE). Kami juga adalah agent kepada GSL. Walaupun mengenali beliau di alam maya sahaja, Kak Lin dapat merasakan Cikgu Anys adalah seorang tenaga pengajar yang sangat berdedikasi. Dengan bersungguh-bersungguh Kak Lin menyakinkan team untuk belajar ilmu blog dengan beliau.Akhirnya seramai 15 orang peserta offline dan 5 orang peserta online berjaya dikumpulkan.

Pukul 8 pagi sabtu Kak Lin bertolak dari seremban. Sebenarnya dah terlambat, memang tak sedar langsung. Subuh gajah pagi tu. Kelam kabut siapkan anak-anak.Ni baru anak 3 dah huru hara kan? Tapi bila mereka dah besar nanti,inilah saat-saat indah yang akan Kak Lin ingat.

Pada mulanya Kak Lin hanya meminta encik suami hantarkan Kak Lin ke stesen komuter berdekatan je. Gagah juga nak bawa si kecik tu bersama. Nampak gaya, memang encik suami berat nak lepaskan Kak Lin. Maka kali ni pakej kelas, termasuk dengan suami dan anak-anak

Nampak tak tak semua muka hero beraksi. Kak Lin je yang muka puteri diraja yang menahan comel dan ayu. :->



Setinggi tinggi penghargaan buat kak anys kerana sudi bertandang dari Johor Bharu ke NQN Sg Buloh. Jasamu amat Kak Lin sanjung dan hargai. Terima kasih Kak Anys. 










Terima kasih juga kepada semua kaum bapa yang terlibat mengambil alih tugasan suri pada hari itu. Kaum bapa, anda memang hebat kerana sering menjadi tulang belakang kepada para suri.


Maka berakhirlah pengisian ilmu yang sangat menarik dan sangat padat.Terima kasih Cikgu Anys yang sangat banyak membantu memberi penerangan tentang blog dengan begitu jelas. Yang menariknya  beliau pergi hingga kesetiap meja untuk memastikan anak muridnya mendapat ilmu yang tepat dan betul. Bertuah Kak Lin dapat cikgu yang memahami ni.  Seronok sangat kelas kali ni. Masa berlalu dengan begitu pantas. Ilmu yang padat dan bermanfaat yang kami terima pada hari itu. Semoga kami dapat istiqomah didalam menyiapkan 44entri yang ditugaskan kepada kami. Doakan Kak Lin istiqomah ya.

Alhamdullillah, bersyukur Kak Lin kehadrat ilahi kerana dapat menjayakan kelas offline bagi KELAS ASAS BLOG BISNESS ABDR. Bagi Kak Lin, ilmu yang bermanfaat perlulah kita kongsi bersama-sama. Carilah mentor yang betul untuk memberi panduan yang betul kepada anak murid.
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui bagaimana mahu menjana pendapatan melalui blog, boleh whatsapp Kak Lin ya.

Kita berjumpa di entri seterusnya!

Selamat malam.













No comments:

Post a Comment