Wednesday 8 February 2017

LEADER VS KETUA

Image result for LEADER DAN KETUA


Assalamualaikum semua.

Lamanya rasanya Kak Lin tak update blog ni. Dah semakin bersawang dah nampaknya. Bulan ni impian Kak Lin untuk menyiapakn entri-entri yang tertangguh.

Hari ni Kak Lin nak bercerita tentang Leader dan Ketua. Kak Lin harap perkongsian Kak Lin dapat memberi manfaat pada semua.


Perbezaan LEADER DAN KETUA
--------------------------------------------

1.LEADER MEMBERI MOTIVASI, KETUA MEMBERI TEKANAN

Seorang Leader yang baik akan memberi insipirasi dan cara-cara melakukan tugas kepada anak buahnya. Seorang Leader akan memberi galakan dan dorongan kepada anak buah untuk mencapai kpi masing-masing.

Manakala seorang ketua hanya memberikan arahan kerja kepada anak buahnya.


2. LEADER MEMBERI INOVASI, KETUA MEMBERI ARAHAN.

Seorang Leader yang bagus akan sentiasa memikirkan satu inovasi supaya team akan bergerak dengan lebih cepat. Idea idea baru dan strategi yang baru akan membuat anak buah bersemangat untuk bekerja didalam suasana yang baru dan fresh. 

Seorang Leader akan sentiasa merangka strategi-strategi yang baru untuk memudahkan team melakukan pelbagai kaedah untuk berjaya. Biasanya seorang Leader akan mempunyai banyak plan bersesuaian dengan kemampuan anak buah mereka.

Berbeza dengan seorang ketua hanya memberi arahan untuk mencapai kpi. Seorang ketua biasanya tidak akan menilai tahap kemampuan anak buah mereka. Yang mereka tahu, buat kerja sehingga KPI tercapai.


3. LEADER MELAHIRKAN LEADER, KETUA MENCARI NAMA.


"Leaders dont create followers, they create more leaders" .........'Tom Peters'
Seorang Leader akan memastikan lebih ramai Leader yang akan lahir dari team beliau. Lebih ramai Leader yang akan menduplikasi kerja beliau. Seorang Leader juga akan meberi tunjuk ajar bagaimana untuk bekerja sebagai seorang leader serta membentuk leader yang baru.

Berbeza dengan seorang ketua, buat sesuatu perkara hanya untuk mengejar pangkat dan nama. Kerah tenaga anak buah untuk memastikan beliau masih dipangkat tersebut.


4. LEADER MENGAJAR UNTUK SIAPKAN KERJA, KETUA HANYA PASTIKAN KERJA SIAP.
Leader akan membantu anak buah untuk menyiapkan kerja. Leader akan mendengar masalah anak buah dalam proses untuk menyiapakan kerja. Leader juga akan membantu anak buah supaya hasil kerja lebih sempurna.

Ketua hanya memastikan kerja yang diberi sudah siap. Tidak mahu tahu segala masalah yang dihadapi oleh anak buah.


5. LEADER BAIKI KESILAPAN, KETUA TIDAK MENERIMA KESILAPAN.

Andai suatu strategi yang dibuat tidak berjaya, seorang Leader perlulah memanggil anak buah bersama-sama untuk berbincang masalah yang berlaku dan cuba mencari solusi kepada masalah tersebut. Sebaik-baiknya lakukan SWOT analisis untuk menilai tahap prestasi kerja.

Berbeza dengan seorang ketua, seorang ketua akan memarahi anak buahnya andai segala perancangan tidak seperti yang diharapkan.Ketua hanya berharap yang KPI akan tercapai tanpa sebarang alasan.



Anda ketua atau seorang leader?? Jalankan tanggungjawab mengikut garis panduan didalam islam. Nabi Muhammad s.a.w: ada bersabda


"Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil akan berada di atas panggung cahaya di sebelah kanan Allah azza wa jalla,kedua-dua sisi itu baik keadaan dan kedudukannya,iaitu orang-orang yang berlaku adil dalam hukum,adil pada keluarga dan adil dalam tugas yang dikuasakan kepada mereka.(HR.Muslim 4/1794)


No comments:

Post a Comment