Tuesday 16 October 2018

Depresi (bahagian 2)


Teks : Ezzalin Sidek



Bagaimana k. Lin atasi depresi bahagian 1


1. Redho

K. Lin percaya orang yang mengalami depression mesti ada sebab kenapa beliau terjerumus ke alam depresi tersebut.

Pertama, perkara yang dia kena buat adalah redho. Ye, bukan mudah untuk redho dengan apa yang berlaku ke atas diri

" Ye, korang tak rasa apa yang aku rasa, sebab tu korang boleh nasihat macam2"

Berhenti bercakap benda kat atas ni. Kena percaya, Allah hantar ujian tu untuk kita, bukan dia. Kita je yang tak bersyukur bila diuji.Allah uji tanda DIA masih sayang pada kita. Dia nak kita merayu merintih bercakap dengan Dia.

Bukan ke DIA suka kalau kita merayu2 dan merintih2 dengan DIA. syukurlah diuji. Bersyukurlah.
Redho atas ujianNya bukan dari bibir je. Ia perlu lahir dari hati yang paling dalam.

Angkat tangan dan berdoa

"Ya allah, aku redho atas ujianmu sekiranya ini yang akan menjadikan aku lebih baik pada hari esok, aku redho seredho2nya. Berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujianmu. Berikan aku ketenangan untuk meneruskan kehidupanku. Aku redho ya allah, aku redho"

Redholah setiap apa yang berlaku.

Situasi k. Lin, k. Lin redho, sehebat mana sebelum ni, kalau allah nak tarik, DIA tarik dalam sekelip mata je. K. Lin lepaskan semuanya.

K. Lin anggap semuanya bukan rezeki k. Lin. K. Lin tak nak dah tengok apa2 barang berkaitan dengan baja yang boleh mengingatkan k. Lin pada baja tu. K. Lin lepaskan semuanya dengan redho.

bersambung...

No comments:

Post a Comment