Tuesday 16 October 2018

Depresi (bahagian3)

Teks : Ezzalin Sidek


Bagaimana k. Lin atasi depresi (bahagian 3)



Alquran penaawar segala kedukaan.

Pernah terbaca ayat,

"Orang yang depression ni ko ingat diorang tak baca alquran?, suh baca alquran, memang diorang baca tapi sama je, tak boleh baik pun depression"

K. Lin huraikan ya, berdasarkan pengalaman k. Lin.

Sungguh waktu depression janganlah kau kata dengan orang tu, pergi solat, pergi baca alquran. Memang tak jalan. Silap-silap kita yang kena maki dengan dia.

jadi,bagaimana nak buat?

Alquran tulah penawar depresi sebenarnya. Tapi ramai orang tak paham.

Pernah dengar alquran tu adalah KALAMULLAH? Alquran tu adalah kata2 dari Allah. Semua keadaan kau yang serabut serabut tu, jawapan dia ada dalam Alquran tu.

Jangan baca alquran, tapi bercakap dengan dia.

Macammana?

K. Lin ajarkan.

✔Pegang Al Quran yang beserta dengan tafsir
✔Baca alfatihah
✔Baca ni Haza kalamullah.. Haza kalamullah.. Haza kalamullah.. (ini kalam allah, ini kalam allah, ini kalam allah)sambil tu letakkan alquran didada.
✔Baca doa ni,

"Ya allah, ini adalah kalammu yang teragung, aku benar2 buntu dan hilang arah, bercakaplah dengan aku melalui alquran ini. KAU berikan aku petunjuk disini, apakah cara yang perlu aku buat untuk menenangkan hati ku ini"

✔Bukak mana2 mukasurat dalam alquran baca tafsir tu.
✔Buat 3kali dan buat dengan yakin.

Buat benda ni setiap hari dengan yakin.

Sebenarnya banyak ayat2 yg k. Lin dapat, waktu tu terasa terkena kt batang hdung sendiri, menangis-nangis. Ya allah insaf rasa.

Ada satu ayat yg k. Lin ingat sampai bila-bila.

رَب اشرَحْ لى صدْرِى‏.وَ يَسرْ لى أَمْرِى‏. وَ احْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسانى يَفْقَهُوا قَوْلى

“Robis shrohli shodri wa ya shirli amri wah lul uqdatam mil lissani yah khohu khouli“

Artinya: Ya Tuhanku lapangkanlah dadaku, dan lancarkanlah lidahku serta mudahkanlah urusanku.

(QS Thaha : 25-28 )


K. Lin ingat ayat ni hanya doa. K. Lin taktahu ayat ni ada dalam alquran. Waktu tu rasa, jahilnya aku ya allah.

Tapi kenapa k. Lin dapat ayat ni?

Waktu k. Lin depresi, k. Lin hilang diri k. Lin yg boleh bcakap depan orang. Bila berdepan dengan orang, k. Lin jadi takut. Pernah satu tahap, berpeluh-peluh. Rasa macam tak kena bercakap dengan orang, apatah lagi nak bercakap kat depan. K.lin hilang punca.

Dan waktu k. Lin depresi tu, k. Lin dah join forever. Dalam forever pulak, kami banyak diajar untuk berdepan dengan prospek, buat demo, presentation dan sebagainya.

Allah, bibir kelu. Menggigil-gigil bila bercakap. Dan bila k. Lin dapat ayat tu, setiap kali present k. Lin akn baca ayat tu, dan tak tahu dari mana kekuatan tu datang, k. Lin boleh bcakap dengan yakin.

Bila k. Lin kaji ayat tu, rupa-rupanya Allah turunkan ayat tu kepada nabi musa sebab dia tak yakin untuk bercakap, kerana kisah nabi musa sewaktu waktu kecil dia pernah makan bara.Oleh kerana beliau makan bara yang panas tu,lidah beliau mengalami kecacatan sehingga sebutan perkataan beliau kurang jelas. Maka turunlah ayat ni kepada nabi musa.
.
Selain tu k. Lin juga belajar untuk memahami ayat2 didalam alquran.
.
Alquran penawar depresi, ia bukan untuk dibaca, tapi untuk difahami. Bercakaplah dengan "DIA", ada segala jaeapan dalam tu.

bersambung...

No comments:

Post a Comment