Thursday, 8 September 2016
BANGKIT
Tuesday, 30 August 2016
SELAMAT HARI MERDEKA
Foto :Ezzalin Sidek
Merdekakah kita sekiranya kita masih berfikiran begitu.
Merdekakah kita sekiranya tiada kerjasama diantara kita.
Selagi masih ada iri hati,
Selagi tidak mahu berganding bahu,
Selagi itulah Kita masih dijajah,
Dijajah oleh SIKAP sendiri.
Monday, 29 August 2016
Karnival My Best Buy Port Dickson
Foto : Noor Ezzalin
Sabtu lepas Kak Lin menghadiri program Karnival My Best Buy anjuran FAMA di Institut Laltihan Fama Port Dickson. Sebenarnya suami Kak Lin bertugas pada hari ni. Jadi Kak Lin tumpang sekaki untuk ikut sama.
Sebenarnya Kak Lin nak belajar sesuatu dari usahawan-usahawan IKS ni. Kak Lin sangat suka melihat kegigihan usahawan untuk menjenamakan produk mereka. Habis satu-satu kedai Kak Lin temuramah. Siap minta untuk di "Add frend" di facebook. Tapi rata-rata mereka yang menjual produk IKS ni jarang aktif di facebook. Dalam hati Kak Lin terdetik juga, kenapa mereka taknak menggunakan medium fb sebagai alat yang sesuai untuk tujuan pemasaran produk mereka? Tapi mungkin mereka ada alasan yang tersendiri.
Sempat juga la Kak Lin bertanya kepada usahawan-usahawan IKS bagaimana laluan mereka untuk memasarkan produk-produk tersebut. Padahal Kak Lin boleh tanya pada encik suami kan. Tapi tula, kalau Kak Lin tanya encik suami, acuh tak acuh je jawapan dia.
Nampaknya banyak lagi yang Kak Lin nak kaji tentang produk IKS ni. Kenapa Kak Lin nak kaji?
Ada satu projek lagi yang Kak Lin nak cuba tau. Inshaallah, dah sampai masa Kak Lin cerita ya!
ok, kita jumpa lagi di entri seterusnya.
Thursday, 25 August 2016
Ramai yang tidak tahu pokok vanilla adalah spesis orkid
Foto : Ezzalin Sidek
Selamat tengahari sahabat-sahabat Kak Lin. Hari Kak Lin nak bercerita tentang pokok vanilla. Sekarang ni Kak Lin agak sibuk dengan seminar usahawan, jadi tak sempat Kak Lin nak menjenguk taman Kak Lin. Pagi ni Kak Lin curi masa sedikit untuk melayan taman Kak Lin. Dalam membelek pokok-pokok Kak Lin ada 2 pokok yang Kak Lin nampak dah membesar.
Pokok Kubis dan Pokok Vanilla Kak Lin. Paling seronok Kak Lin tengok pokok vanilla Kak Lin. Pokok Vanilla Kak Lin dah bercambah tau. Mula-mula beli dulu rasa tak hidup je, tambahan dengan Kak Lin yang agak sibuk sejak kebelakangan ni. Tapi alhamdullillah, hidup juga vanilla Kak Lin ni.
Sahabat-sahabat semua nak tahu tak, Pokok Vanilla ni sebenarnya dari spesis orkid tau. Ok, Kak Lin terangkan lebih lanjut mana yang Kak Lin dah belajar ye.
Vanilla adalah dari spesis pokok orkid. Satu-satunya orkid yang boleh dimakan adalah vanilla. Pokok vanilla lebih menyerupai orkid spesis vanda,mokara dan arachnis. Kebiasaanya vanila ini memanjat dan mempunyai akar udara.
Pokok vanilla tidak memerlukan air yang banyak. Pokok vanilla ni lambat sikit bertunas, selagi daunnya berwarna hijau ini bermakna pokok vanilla ni masih hidup.
Pokok vanilla juga tidak boleh terendam dengan air. Pada usia vanilla kecil, ia memerlukan hanya 50% cahaya matahari. Bila pokok sudah matang, vanilla memerlukan 70% cahaya matahari.
Menarik kan?
Kak Lin pun baru tahu jugak tau. Kak Lin memilih untuk menggunakan Baja Organik Hadiqah untuk pembesaran pokok Vanilla Kak Lin. Alhamdullillah, nampaknya pokok vanilla Kak Lin dah hidup dengan jayanya.
Boleh Kak Lin buat 1 kesimpulan tak? Kak Lin nampak dunia pertanian dengan dunia perniagaan ni banyak sangat persamaanya.
1. SABAR
Dalam pertanian kita akan melalui banyak sangat proses sebelum kita menuai hasil. Kita akan lalui proses bertunas, bercambah, berbunga dan berbuah.
Begitu juga dengan perniagaan, sebelum kita nak capai apa yang kita impikan, kita akan lalui pelbagai proses.
Setiap proses yang kita lalui mengikut tahap kemampuan kita. Jangan impikan yang terlalu besar didalam berniaga kalau langkahnya tiada. Jangan bermimpi untuk menjadi CEO jika VMO syarikat pun masih belum dikenal pasti. Jangan bermimpi untuk menjadi jutawan, kalau 10 set produk sehari pun dah buat hidup kita huru hara, tak tahu mana yang perlu dilakukan dahulu. Mana yang perlu dilakukan kemudian.
KIta perlu harungi setiap proses dengan sabar. Belajar bagaimana nak bermula daripada bawah. Beajar dengan SABAR untuk mendapatkan hasil yang berkualiti.
2.SAINGAN
Bila anda menanam pokok, anda akan bersaing dengan pelbagai serangga yang terlalu menyukai tanaman anda. Kadang- kadang habis dimakan semua daun-daun anda. Kadang-kadang ada yang menyerang dari akar. Tapi bagaimana anda menangani masalah-masalah haiwan ini.?
Sekiranya anda dah menanam selama setahun pokok anda, perlukah anda buang tanaman anda hanya kerana seekor belalang?
Begitu juga dengan perniagaan, persaingan akan wujud, samaada ada melawan, atau membiarkan pasukan lawan?
Jangan takut untuk bersaing. Sekiranya anda mengalah, anda bukan seorang usahawan.Terimalah kenyataan yang setipa produk pasti ada pesaingannya yang tersendiri.
"Orang tak akan membeli kepada rambutan kerana dia menjual rambutan, tapi dia membeli kerana siapa yang menjual rambutan."
Tenang, dan sahut saingan dengan berani. Tonjolkan diri anda unik berbanding yang lain. Kaji USP produk anda. inshaallah, anda pasti dapat menangani pihak pesaing.
3.BAJA DAN ILMU
Baja adalah makanan kepada pokok. Untuk hidup segar dan menghasilkan buah yang berkualiti, pokok perlu dibaja
Begitu juga usahawan, ilmu adalah makanan hati dan jiwa kepada usahawan. Carilah ilmu dari pelbagai mentor yang dah berjaya didalam bidang yang beliau teroka.
Ada 4 mentor yang perlu kita cari.
- Mentor Keberanian & Motivasi
- Mentor Teknikal & Operasi
- Mentor Pengurusan dan Sistem
- Mentor Keagamaan
Jangan terlalu berkira untuk menimba ilmu, bimbang ilmu pun akan berkira untuk mendekati kita.
sekian coretan Kak Lin untuk tengahari ni, kita sambung di next entri ya!
Wednesday, 24 August 2016
Seminar CIMB BEST
Foto : Ezzalin Sidek
Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat2 Kak Lin.
Alhamdullillah ni hari terakhir bagi seminar CIMB BEST di Silka Maytower Kuala Lumpur.
Tuesday, 23 August 2016
Seminar My Documents (Urus Bisnes Gaya Korporat ) (Part 2)
Selamat tengahhari. Kak Lin baru selesai angkat baju, tiba-tiba teringat janji untuk berkongsi lagi apa yang Kak Lin dapat sepanjang program MY DOCUMENTS ahad hari tu.
Kali ni Kak Lin nak kongsi tentang 3 jenis ilmu perniagaan yang dikongsi oleh Datuk Roslan Abdul Hadi.
Ada 3 jenis ilmu didalam bisness iaitu ILMU PERDU DAN AKAR, ILMU BATANG DAN CABANG, ILMU RANTING.
1. ILMU PERDU DAN AKAR
Ilmu perdu dan akar adalah ilmu utama yang perlu setiap orang faham dan belajar. Umpama pokok kekuatannya adalah akar, sekiranya baik dan sihat akarnya maka hasil yang dikeluarkan juga adalah yang terbaik.Begitu juga dengan ilmu, cari dan kuatkan ilmu akar, pasti hasilnya sesuatu yang menakjubkan.
Didalam ilmu perdu dan akar ada 6 ilmu yang perlu kita kuasai untuk memantapkan akar ilmu.
a.Pengurusan operasi
- Nak ambil barang kat mana
- Barang sampai pada pelanggan tepat pada masa
- Followup pelanggan selepas jualan
b.Pengurusan marketing
- Bagaimana nak menjual (copywriting, content marketing, storytelling)
- Dimana nak menjual
- Pada siapa perlu dijual
- Sebelum kukuhkan proses marketing, pengurusan operasi perlu dikukuhkan dahulu
c.Pengurusan kewangan
- Resit perlu didokumentasikan
- Catat segala duit masuk dan keluar
- Bezakan "cash flow statement " dan " income statement"
d.Pengurusan potensi insan
- Bina ukhuwah dengan yang lain
- Berniaga bukan untuk bergaduh
- Luangkan masa untuk menghadiri ke majlis-majlis jemputan
- Uruskan manusia dengan sebaiknya
- Hargai team anda, bekerja didalam team
e.Pengurusan strategi
- Strategi untuk kembangkan bisness
- Melaksanakan strategi yang kita bina
- Bukan konsep "Try and Error" tapi "Try and Adjust"
- Bagaimana nak bina design yang kita dah bina
e.Pengurusan pematuhan
- Kepatuhan masa
- Kepatuhan pada sistem kerajaan
- Bayar cukai
2. ILMU BATANG DAN CABANG
3. ILMU RANTING
Ilmu yang merangkumi ayat-ayat copywriting, content marketing, ilmu fb ads, ilmu blog.Ilmu ranting pada kebiasaanya ilmu yang perlu kita ada untuk menjual produk. Ilmu yang telah sedia ada, yang perlu kita laksanakan. Ilmu ini mudah untuk didapati dan mudah untuk kita fahami. Ilmu ini juga, penting kepada kita untuk kita membuat jualan.
Monday, 22 August 2016
Seminar My Documents (Urus Bisnes Gaya Korporat ) (Part 1)
Foto : Ezzalin Sidek
Alhamdullillah, selesai sudah menghadiri Seminar My Documents (Urus Bisnes Gaya Korporat) oleh Tuan Abdul Basit Abdul Rahim.
Sedikit penerangan tentang Abdul Basit, insan yang selalu Kak Lin follow rapat di facebook ini. Beliau merupakan Pengerusi Eksekutif kepada Byond Group of Companies merangkumi Byond Holdings Sdn Bhd, Byond Sucess Sdn Bhd, Byond Printing Sdn Bhd dan Byond Production Sdn Bhd.
Beliau pernah kerugian RM 4 JUTA pada awal usia 20an. Dan kemudian bangkit dengan bermodalkan RM10,000 dan memilih RM8,000 untuk dilaburkan kedalam seminar ilmu. Kata beliau lagi, punca kejatuhan beliau jatuh adalah kerana kekurangan ilmu dan perasaan "rasa pandai" menebal dalam sanubari. Dokumentasi yang berterabur dan tiada SOP didalam syarikat juga menyebabkan "fraud" berlaku didalam company.
Atas dasar inilah, beliau melihat masalah kepada satu peluang, dimana kebanyakan mereka yang berbisnes gagal bukan kerana tidak pandai menjual, tapi gagal kerana gagal mengurus segala dokumentasi.
Sebenarnya banyak yang Kak Lin mahu sharekan, tapi Kak Lin cuba kongsi yang mana termampu. Antara banyak perkongsian, Kak Lin tertarik untuk berkongsi tentang " Ego dan ilmu"
Wednesday, 17 August 2016
Melupakan QASEH ????
Kisah saya membina empayar disini,
Kisah saya bertemu usahawan2 yang hebat juga disini,
Disini saya berjaya mencipta nama diatas pentas JUTAWAN QASEH.
Jatuh bangun saya disini,
Kehilangan ayah, kehilangan emak, suami kritikal denggi semuanya berlaku dalam masa yang sama.
Kerana disini saya belajar kenal sahabat susah senang bersama sama.
Bila kereta MYVI pernah sarat membawa 30 karton stok qaseh.
Sahabat2 QASEH tetap saya ingati.
Saturday, 13 August 2016
Berjuang demi sesuap nasi
Melayan manusia pelbagai kerenah....
Kadangkala ku mengalah...
Kadangkala ku rasa kalah..
Kata kata orang bisa buat ku letih...
Tapi bila ku pikir,
Bukan saat ini ku harus berundur diri..
Dari bertatih ingin ku berlari...
Berlari mengejar impian yg pasti menjadi realiti...
Tp keringat ini juga bukannya murah...
Biarlah org kata ku bekerja tak sudah2...
Kerana ku tahu ku berjuang utk ekonomi ummah....
Friday, 12 August 2016
Katakan tidak pada telefon bimbit
Foto : Ezzalin Sidek
Seperti yang dijanjikan hari ni Kak Lin nak kongsikan bagaimana Kak Lin bertegas untuk tidak memberi telefon bimbit kepada anak-anak.
2. Diatas sejadah
3. Atas katil sewaktu nak tidur
4. Dapur ketika memasak dan mengemas dapur.
Ingat, mereka perlukan perhatian.
Bila mereka penat bermain, bila waktu malam, mereka akan tidur pada awal waktu.
Thursday, 11 August 2016
Tips positif di pagi hari.
Teks : Ezzalin Sidek
Foto : Ezzalin Sidek
Selamat pagi sahabat- sahabat Kak Lin. Pagi ni nak kongsi sedikit tips yang Kak Lin wajib buat pagi2 hari.
Kak Lin ni ada macam satu habit, bila bangun tidur je Kak Lin akan bukak semua pintu dan tingkap dirumah. Biasanya bahagian ruangan tingkat bawah tu Kak Lin akan pastikan pintu dan tingkap terbuka.
Kalau encik suami turun dulu, Kak Lin turun lambat sikit, dia tak buka semua tingkap dan pintu, mulalah Kak Lin membebel pagi-pagi. Kak Lin suka sangat aura pagi- pagi ni, buat Kak Lin rasa segar je.
Kak Lin ambil beberapa potong ayat.
“Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Tabrani, Ibnu Adi)
“Sesungguhnya tidur pada waktu pagi menghalang sebahagian rezeki” Abu Nuaim.
Nampak tak, dalam islam pun menyuruh lakukan kerja pada waktu pagi dan jangan tidur pada waktu pagi kan? Oleh sebab tu, bangun pagi-pagi bukak pintu dan tingkap dulu, kalau nenek Kak Lin pesan, bukak pintu pagi-pagi, biar malaikat masuk bawa rahmat.
Bagi yang bekerja, bukak pintu dan tingkap dulu, nanti nak pergi kerja tutup la balik. Bagi WAHM macam Kak Lin, mudahla sikit kan, tak payah dah tutup pintu dan tingkap lagi.
Satu lagi tips Kak Lin, Kak Lin akan pastikan singki Kak Lin bersih dari sebarang pinggan pada pagi hari. Seboleh - bolehnya sebelum tidur Kak Lin akan pastikan pinggan mangkuk semua sudah dibasuh. Ini kerana memudahkan proses Kak Lin untuk memasak awal. Lagipun kalau singki bersih pagi-pagi,kita pun rasa lapang dan seronok je. Kan pagi tu satu permulaan, jadi mulalah pagi dengan sesuatu yang tenang dan lapang. Nak buat sarapan pagi pun mudah je, taklah kelam kabut. Maklumlah 3hero pun dah cukup buat Kak Lin kelam kabut pagi-pagi, kalau singki penuh lagi la kelam kabut jawabnya.
Kawan- kawan ada tips pagi yang menarik untuk dikongsi dengan Kak Lin?
Wednesday, 10 August 2016
Tugasan Harian Kak Lin
Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin
Hari ni Kak Lin nak kongsikan tugasan harian Kak Lin. Maklumlah, hero bertiga serta menguruskan perniagaan dari rumah memerlukan Kak Lin menjaga masa dengan sebaik-baiknya. MASA ITU EMAS bagi Kak Lin sekarang. Kalau lari sedikit jadual Kak Lin, maka banyaklah kerka-kerja yang akan tertangguh.
Biasanya banyak tugasan dirumah yang Kak Lin lakukan 3 dalam 1, 4 dalam 1, 5 dalam 1. Ha, macam mana tu. Sambil menggoreng ikan menumis sayur, sambil basuh bilik air basuh baju, sambil mengemop enjut buaian. Sambil lipat kain followup customer. Kena multi tasking untuk pastikan kerja siap sebelum hero-hero pulang ke sekolah.
Pada kebiasannya, hari Isnin adalah hari membersihkan rumah, kerana Sabtu dan Ahad Kak Lin jarang berada dirumah. Selalunya Kak Lin akan manfaatkan 2 hari bercuti samamada pergi bercuti ataupun menuntut ilmu. Jadi kerja-kerja rumah jarang dilakukan pada hari SAbtu dan Ahad. Maka operasi besar-besaran adalah pada hari Isnin.
Kak Lin jarang beri tumpuan pada pages ataupun blog pada hari Isnin. Pada waktu inilah Kak Lin akan menyiapkan bahan-bahan masakan untuk seminggu. Kalau Kak Lin pulang ke Tg Karang, biasanya Kak Lin akan borong ikan segar untuk 2 minggu. Jadi hari Isnin adalah proses pengagihan ikan-ikan dan khazanah laut kedalam bekas untuk disimpan kedalam petiais.
Pada hari Isnin ni la Kak Lin sibuk mendobi baju yang berbakul-bakul hasil dari sesi menjelajah kesana sini. Sambil-sambil menunggu kain berpusing, Kak Lin menyiapkan bahan-bahan untuk diblender. Cili dan bawang memang Kak Lin blender awal-awal. Ini memudahkan Kak Lin untuk masak. Maklumlah si kecil tu agak sukar untuk berenggang dengan Kak Lin. Jadi Kak Lin perlu pantas melakukan kerja-kerja didapur.
Biasanya, Kak Lin akan lapang sedikit pada hari Selasa, Rabu dan Khamis, sekiranya Kak Lin tidak turun ke KL, Kak Lin akan menyiapkan page dan entri blog.
Bagi memotivasikan diri untuk mengikut jadual waktu, Kak Lin akan tampal jadual waktu ni di tiga tempat dirumah Kak Lin. 1 didapur, 1 dibilik dan 1 disoho Kak Lin.
Kak Lin buat ke semua ni?
Tipu kalau Kak Lin kata Kak Lin mampu lakukan sempurna macam dalam jadual kan? Tapi sekurang-kurangnya Kak Lin mencuba untuk melakukan yang terbaik. Sekarang Kak Lin dalam proses untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual dengan sebaik-baiknya.
Kak Lin juga dalam proses untuk mengelakkan diri dari melayan telefon pada waktu 8 sehingga 10 malam untuk memberi tumpuan pada perkembangan anak-anak. Oleh sebab itu, Kak Lin mestilah menyiapkan segala-gala kerja pada waktu siang. Target Kak Lin untuk Aqeef adalah Aqeef mesti pandai membaca pada umur 4 tahun ni. Target Kak Lin juga, Aqeef mesti hafal 10 surah didalam Al-Quran. Tumpuan Kak Lin kena lebih pada mereka kali ni. Dah lama rasanya Kak Lin tidak fokus kepada anak-anak syurga setelah berkecimpung dalam dunia perniagaan ni. Jadi inilah masanya Kak Lin perlu disiplinkan diri untuk insan-insan yang Kak Lin sayang.
Misi " No Gadget " kali dah berjaya. Nanti Kak Lin sharekan bagaimana untuk katakan tidak pada dunia gadget.
Ok, berjumpa lagi di next entri.
Tuesday, 9 August 2016
Dunia Usahawan
Teks: Noor Ezzalin
Foto :Noor Ezzalin
Dunia usahawan itu berbeza dari dunia peniaga,
Dunia usahawan memerlukan pengorbanan,
Dunia usahawan memerlukan pasukan,
Dunia usahawan memerlukan kekuatan,
Dunia usahawan memerlukan suatu inovasi,
Dunia usahawan memerlukan suatu kreativiti,
Dunia usahawan memerlukan satu transformasi,
Sahabatku,
Jangan jadi peniaga,
Kerana peniaga sukar melahirkan jutawan,
Kerana peniaga dunianya tiada perubahan,
Jadilah usahawan,
Sentiasa mencipta peluang,
Sentiasa mencari ruang,
Jadilah usahawan,
Yang boleh memberi,
Bukan hanya menerima,
Jadilah usahawan,
Yang sentiasa bekerja didalam pasukan,
Susah senang bersama -sama.
Jadilah usahawan,
Yang mahu menjadikan mimpi satu realiti,
Jadilah usahawan,
Yang amanah dan berjuang dijalan FISABILLILLAH.
Masa itu emas
Monday, 8 August 2016
Kelas Asas Blog Bisness ABDR
Foto : Noor Ezzalin
Alhamdullillah,selesai sudah kelas blog ABDR bersama CIKGU ANYS IDAYU BIN ZAKARIA. Sebenarnya Kak Lin sudah lama menjadi anak murid cikgu Anys ni.Tetapi kali ni Kak Lin nekad untuk memujuk cikgu anys untuk turun ke Sg Buloh bagi sesi pembelajaran secara offline. Maklumlah, kalau online ni Kak Lin ni agak perlahan sedikit.
Thursday, 4 August 2016
Kursus e-usahawan desa
Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin
Bismillahirrahmanirahim
Hari ni KAK LIN nak sembang mengenai kursus yang KAK LIN yang join pada 30 dan 31 JULAI 2016 baru-baru ni.
Kak lin menyertai kursus bersama team2 EWA dibawah anjuran POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH bersama MDEC.
Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk para usahawan memahami konsep dan kepentingan perniagaan dunia digital. Selain itu disini juga kami diajar bagaimana untuk mengaplikasikan media sosial didalam perniagaan.
Antara silibus yang terkandung didalam pembelajaran
Hari pertama ( Cikgu Che Ta)
- Asas perniagaan digital
- USP
- SEO dan GOOGLE trends
- Market place
- Facebook Ads
- Facebook FB Posting
- google form
- Sells / Teaser
- Hard Sells / Soft
- Instagram #
Hari pertama
Pada mulanya kami decide untuk bertolak pada malam jumaat tu, tapi memandangkan semuanya sudah keletihan, maka kitaorang decide untuk bergerak pada pagi sabtu. Tugasan pertama adalah menghantar anak-anak ke rumah ibu diampang dulu.
Pukul 6pagi kami dah bergerak keampang. Kesian melihat anak-anak terpisat-pisat bila digerakkan seeawal pagi begitu. Bertahan ye anak-anak, kesenangan bukan mudah untuk dicari, dia perlukan sedikit kesukaran, sebanyak ketabahan, sebesar kekuatan. Maka bersabarlah untuk berjuang bersama-sama ummi dan abi.
Tak kurang hebat juga sahabat seperjuangan siti azurah yang gigih membawa baby yang berusia 2 bulan untuk menuntut ilmu disini. Si kecil ni seolah-olah memahami yang ibu perlu beri tumpuan sepenuhnya didalam kelas. Langsung tiada kedengaran tangisan si kecil sepanjang kelas berlangsung.
Ha, nampak tak nombor yang melekat kat tudung tu, ni sebenarnya nak masuk Malaysian Book Of Record untuk " THE LARGEST SIMULTANEOUS PARTICIPATION IN E USAHAWAN CLASSES'. Kemain kan Kak Lin interframe.
Hari ke dua
Tadaaaa...hasilnya..kamera biasa je tau. Ok la kot untuk peringkat permulaan. Pesan cikgu fareed yang paling penting sudut penggambaran dan cahaya penggambaran tu.
Ni pula ibu roza, orangnya sangatla tinggi dan tegap. Ibu ni speaking berabuk tu. Dah keluarkan paste asam pedas sendiri. Sempat bercerita dengan beliau, cerita beliau, sekiranya ada penghantaran ke negeri sembilan, beliau sendiri yang akan bawa lori untuk penghantaran barang. dahsyat kan? Ibu kepada 3 anak dan 3 orang cucu ni berusia 57 tahun. Masih semangat kan. Kadang-kadang saya terpikir, kenapa saya yang masih muda belia remaja ni, dah putus asa dalam perniagaan. Sepatutnya saya kena lebih cergas dari ibu ni. Kalau tak, malu saya sebagai anak muda dengan ibu ni.
Ini part paling win, setinggi-tinggi terima kasih atas ingatan my teammate yang banyak membantu saat susah dan senang Kak Lin Surprise birthday party!!! Allahuakbar, terkejut rasanya tiba-tiba mereka semua berdiri sambil menyanyikan lagu selamat hari jadi. Rata-rata peserta-peserta didalam kelas ni Kak Lin baru je kenal. Memang merah padam rasanya muka Kak Lin.
Terima kasih kak ina dan zurah sebab sudi buat Kak Lin terkejut waktu Kak Lin dah menguap berkali-kali didalam kelas. Korang memang best teammate eva!