Tuesday, 30 August 2016

SELAMAT HARI MERDEKA

Teks: Ezzalin Sidek
Foto :Ezzalin Sidek




Hai anak muda,
Merdekakah kita sekiranya kita masih di takuk itu.
Merdekakah kita sekiranya kita masih berfikiran begitu.

Hai anak muda.
Merdekakah kita sekiranya kita masih ada hasad dengki sesama kita.
Merdekakah kita sekiranya tiada kerjasama diantara kita.

Hai anak muda.
Perjuangan kita belum selesai sebenarnya.

Selagi masih berfikiran jumud,
Selagi masih ada iri hati,
Selagi tidak mahu berganding bahu,


Selagi itulah Kita belum merdeka,
Selagi itulah Kita masih dijajah,
Dijajah oleh SIKAP sendiri.

SELAMAT HARI MERDEKA!!

Monday, 29 August 2016

Karnival My Best Buy Port Dickson

Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


Sabtu lepas  Kak Lin menghadiri program Karnival My Best Buy anjuran FAMA di Institut Laltihan Fama Port Dickson. Sebenarnya suami Kak Lin bertugas pada hari ni. Jadi Kak Lin tumpang sekaki untuk ikut sama.

Sebenarnya Kak Lin nak belajar sesuatu dari usahawan-usahawan IKS ni. Kak Lin sangat suka melihat kegigihan usahawan untuk menjenamakan produk mereka. Habis satu-satu kedai Kak Lin temuramah. Siap minta untuk di "Add frend" di facebook. Tapi rata-rata mereka yang menjual produk IKS ni jarang aktif di facebook. Dalam hati Kak Lin terdetik juga, kenapa mereka taknak menggunakan medium fb sebagai alat yang sesuai untuk tujuan pemasaran produk mereka? Tapi mungkin mereka ada alasan yang tersendiri.


Sempat juga la Kak Lin bertanya kepada usahawan-usahawan IKS bagaimana laluan mereka untuk memasarkan produk-produk tersebut. Padahal Kak Lin boleh tanya pada encik suami kan. Tapi tula, kalau Kak Lin tanya encik suami, acuh tak acuh je jawapan dia.


Nampaknya banyak lagi yang Kak Lin nak kaji tentang produk IKS ni. Kenapa Kak Lin nak kaji?
Ada satu projek lagi yang Kak Lin nak cuba tau. Inshaallah, dah sampai masa Kak Lin cerita ya!


ok, kita jumpa lagi di entri seterusnya.










Thursday, 25 August 2016

Ramai yang tidak tahu pokok vanilla adalah spesis orkid

Teks :Ezzalin Sidek
Foto : Ezzalin Sidek


Selamat tengahari sahabat-sahabat Kak Lin. Hari Kak Lin nak bercerita tentang pokok vanilla. Sekarang ni Kak Lin agak sibuk dengan seminar usahawan, jadi tak sempat Kak Lin nak menjenguk taman Kak Lin. Pagi ni Kak Lin curi masa sedikit untuk melayan taman Kak Lin. Dalam membelek pokok-pokok Kak Lin ada 2 pokok yang Kak Lin nampak dah membesar.

Pokok Kubis dan Pokok Vanilla Kak Lin. Paling seronok Kak Lin tengok pokok vanilla Kak Lin. Pokok Vanilla Kak Lin dah bercambah tau. Mula-mula beli dulu rasa tak hidup je, tambahan dengan Kak Lin yang agak sibuk sejak kebelakangan ni. Tapi alhamdullillah, hidup juga vanilla Kak Lin ni.

Sahabat-sahabat semua nak tahu tak, Pokok Vanilla ni sebenarnya dari spesis orkid tau. Ok, Kak Lin terangkan lebih lanjut mana yang Kak Lin dah belajar ye.

Vanilla adalah dari spesis pokok orkid. Satu-satunya orkid yang boleh dimakan adalah vanilla. Pokok vanilla lebih menyerupai orkid spesis vanda,mokara dan arachnis. Kebiasaanya vanila ini memanjat dan mempunyai akar udara.

Pokok vanilla tidak memerlukan air yang banyak. Pokok vanilla ni lambat sikit bertunas, selagi daunnya berwarna hijau ini bermakna pokok vanilla ni masih hidup.

Pokok vanilla juga tidak boleh terendam dengan air. Pada usia vanilla kecil, ia memerlukan hanya 50% cahaya matahari. Bila pokok sudah matang, vanilla memerlukan 70% cahaya matahari.


Menarik kan?

Kak Lin pun baru tahu jugak tau. Kak Lin memilih untuk menggunakan Baja Organik Hadiqah untuk pembesaran pokok Vanilla Kak Lin. Alhamdullillah, nampaknya pokok vanilla Kak Lin dah hidup dengan jayanya.


Boleh Kak Lin buat 1 kesimpulan tak? Kak Lin nampak dunia pertanian dengan dunia perniagaan ni banyak sangat persamaanya.


1. SABAR

Dalam pertanian kita akan melalui banyak sangat proses sebelum kita menuai hasil. Kita akan lalui proses bertunas, bercambah, berbunga dan berbuah.

Begitu juga dengan perniagaan, sebelum kita nak capai apa yang kita impikan, kita akan lalui pelbagai proses.

Setiap proses yang kita lalui mengikut tahap kemampuan kita. Jangan impikan yang terlalu besar didalam berniaga kalau langkahnya tiada. Jangan bermimpi untuk menjadi CEO jika VMO syarikat pun masih belum dikenal pasti. Jangan bermimpi untuk menjadi jutawan, kalau 10 set produk sehari pun dah buat hidup kita huru hara, tak tahu mana yang perlu dilakukan dahulu. Mana yang perlu dilakukan kemudian.

KIta perlu harungi setiap proses dengan sabar. Belajar bagaimana nak bermula daripada bawah. Beajar dengan SABAR untuk mendapatkan hasil yang berkualiti.


2.SAINGAN

Bila anda menanam pokok, anda akan bersaing dengan pelbagai serangga yang terlalu menyukai tanaman anda. Kadang- kadang habis dimakan semua daun-daun anda. Kadang-kadang ada yang menyerang dari akar. Tapi bagaimana anda menangani masalah-masalah haiwan ini.?

Sekiranya anda dah menanam selama setahun pokok anda, perlukah anda buang tanaman anda hanya kerana seekor belalang?

Begitu juga dengan perniagaan, persaingan akan wujud, samaada ada melawan, atau membiarkan pasukan lawan?

Jangan takut untuk bersaing. Sekiranya anda mengalah, anda bukan seorang usahawan.Terimalah kenyataan yang setipa produk pasti ada pesaingannya yang tersendiri.

"Orang tak akan membeli kepada rambutan kerana dia menjual rambutan, tapi dia membeli kerana siapa yang menjual rambutan."

Tenang, dan sahut saingan dengan berani. Tonjolkan diri anda unik berbanding yang lain. Kaji USP produk anda. inshaallah, anda pasti dapat menangani pihak pesaing.


3.BAJA DAN ILMU

Baja adalah makanan kepada pokok. Untuk hidup segar dan menghasilkan buah yang berkualiti, pokok perlu dibaja

Begitu juga usahawan, ilmu adalah makanan hati dan jiwa kepada usahawan. Carilah ilmu dari pelbagai mentor yang dah berjaya didalam bidang yang beliau teroka.

Ada 4 mentor yang perlu kita cari.

  1. Mentor Keberanian & Motivasi
  2. Mentor Teknikal & Operasi
  3. Mentor Pengurusan dan Sistem
  4. Mentor Keagamaan


Jangan terlalu berkira untuk menimba ilmu, bimbang ilmu pun akan berkira untuk mendekati kita.

sekian coretan Kak Lin untuk tengahari ni, kita sambung di next entri ya!








Wednesday, 24 August 2016

Seminar CIMB BEST

Teks: Ezzalin Sidek
Foto : Ezzalin Sidek



Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat2 Kak Lin.

Alhamdullillah ni hari terakhir bagi seminar CIMB BEST di Silka Maytower Kuala Lumpur.

Gigih pagi ni Kak Lin bangun menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak syurga dan pasangan syurga Kak Lin. Roti telur dan roti sardin. Itupun sebab sardin semalam masih berbaki lagi. Nasib Kak Lin dah buat stok sardin homemade banyak2 hari tu, bila semalam Kak Lin agak sibuk, sardin homemade tu Kak Lin panaskan je. Senang kerja. Next entri Kak Lin cerita macammana nak buat sardin homemade ya.

Kalau sahabat-sahabat nak tahu,pagi ni Kak Lin ke kl dengan menaiki komuter tau. Mula-mula perancangan Kak Lin, nak bawa kereta,tapi pikir-pikir bila memandu sorang ni,rasa malas pula nak memandu. Jadi pilihan paling tepat komuter je la. Lagi pun Kak Lin boleh study sikit. Siap bawa buku Sifu Fb Ads lagi. Bila entah nak khatam ni.
Ok sahabat-sahabat nanti Kak Lin kongsikan apa yang Kak Lin belajar hari ni ya. Kak Lin belanja sikit satu gambar.

Nak kulit flawless macam Kak Lin? (Eceh,flawless) amalkan double collagen by UMOODA. Kolagen pertama di Malaysia yang menggunakan 2 kolagen tau! Bukan untuk cantik je,untuk sihat juga. Sebab umooda sesuai juga untuk mereka yang mengalami masalah sakit sendi2 serta masalah kulit. 2 in 1 tau!!

Harga mampu milik, kualiti import. Ok bai. Nak sambung baca buku.Nak umooda cari Kak Lin ya!





Tuesday, 23 August 2016

Seminar My Documents (Urus Bisnes Gaya Korporat ) (Part 2)

Teks : Ezzalin Sidek

Selamat tengahhari. Kak Lin baru selesai angkat baju, tiba-tiba teringat janji untuk berkongsi lagi apa yang Kak Lin dapat sepanjang program MY DOCUMENTS ahad hari tu.

Kali ni Kak Lin nak kongsi tentang 3 jenis ilmu perniagaan yang dikongsi oleh Datuk Roslan Abdul Hadi.

Ada 3 jenis ilmu didalam bisness iaitu ILMU PERDU DAN AKAR, ILMU BATANG DAN CABANG, ILMU RANTING.


1. ILMU PERDU DAN AKAR

Ilmu perdu dan akar adalah ilmu utama yang perlu setiap orang faham dan belajar. Umpama pokok kekuatannya adalah akar, sekiranya baik dan sihat akarnya maka hasil yang dikeluarkan juga adalah yang terbaik.Begitu juga dengan ilmu, cari dan kuatkan ilmu akar, pasti hasilnya sesuatu yang menakjubkan.

Didalam ilmu perdu dan akar ada 6 ilmu yang perlu kita kuasai untuk memantapkan akar ilmu.

a.Pengurusan operasi

  • Nak ambil barang kat mana
  • Barang sampai pada pelanggan tepat pada masa
  • Followup pelanggan selepas jualan


b.Pengurusan marketing

  • Bagaimana nak menjual (copywriting, content marketing, storytelling)
  • Dimana nak menjual
  • Pada siapa perlu dijual
  • Sebelum kukuhkan proses marketing, pengurusan operasi perlu dikukuhkan dahulu

c.Pengurusan kewangan

  • Resit perlu didokumentasikan
  • Catat segala duit masuk dan keluar
  • Bezakan "cash flow statement " dan " income statement"


d.Pengurusan potensi insan

  • Bina ukhuwah dengan yang lain
  • Berniaga bukan untuk bergaduh
  • Luangkan masa untuk menghadiri ke majlis-majlis jemputan
  • Uruskan manusia dengan sebaiknya
  • Hargai team anda, bekerja didalam team


e.Pengurusan strategi

  • Strategi untuk kembangkan bisness
  • Melaksanakan strategi yang kita bina
  • Bukan konsep "Try and Error" tapi "Try and Adjust"
  • Bagaimana nak bina design yang kita dah bina


e.Pengurusan pematuhan

  • Kepatuhan masa
  • Kepatuhan pada sistem kerajaan
  • Bayar cukai



2. ILMU BATANG DAN CABANG


3. ILMU RANTING

Ilmu yang merangkumi ayat-ayat copywriting, content marketing, ilmu fb ads, ilmu blog.Ilmu ranting pada kebiasaanya ilmu yang perlu kita ada untuk menjual produk. Ilmu yang telah sedia ada, yang perlu kita laksanakan. Ilmu ini mudah untuk didapati dan mudah untuk kita fahami. Ilmu ini juga, penting kepada kita untuk kita membuat jualan.










Monday, 22 August 2016

Seminar My Documents (Urus Bisnes Gaya Korporat ) (Part 1)

Teks : Ezzalin Sidek
Foto : Ezzalin Sidek


Alhamdullillah, selesai sudah menghadiri Seminar My Documents (Urus Bisnes Gaya Korporat) oleh Tuan  Abdul Basit Abdul Rahim.

Sedikit penerangan tentang Abdul Basit, insan yang selalu Kak Lin follow rapat di facebook ini. Beliau merupakan Pengerusi Eksekutif kepada Byond Group of Companies merangkumi Byond Holdings Sdn Bhd, Byond Sucess Sdn Bhd, Byond Printing Sdn Bhd dan Byond Production Sdn Bhd.

Beliau pernah kerugian RM 4 JUTA pada awal usia 20an. Dan kemudian bangkit dengan bermodalkan RM10,000 dan memilih RM8,000 untuk dilaburkan kedalam seminar ilmu. Kata beliau lagi, punca kejatuhan beliau jatuh adalah kerana kekurangan ilmu dan perasaan "rasa pandai" menebal dalam sanubari. Dokumentasi yang berterabur dan tiada SOP didalam syarikat juga menyebabkan "fraud" berlaku didalam company.

Atas dasar inilah, beliau melihat masalah kepada satu peluang, dimana kebanyakan mereka yang berbisnes gagal bukan kerana tidak pandai menjual, tapi gagal kerana gagal mengurus segala dokumentasi.






Sebenarnya banyak yang Kak Lin mahu sharekan, tapi Kak Lin cuba kongsi yang mana termampu. Antara banyak perkongsian, Kak Lin tertarik untuk berkongsi tentang " Ego dan ilmu"

Formula yang Kak Lin terima daripada Abdul Basit membuatkan Kak Lin berpikir sejenak, betapa Kak Lin rasa tingginya ego Kak Lin selama ini. Banyak perkara yang Kak Lin rasa tahu, tetapi sebenarnya Kak Lin tak tahu pun. Tapi sebab ego tadi, Kak Lin malu untuk mengaku yang Kak Lin tak tahu sebenarnya.

Kita lihat gambarajah yang Kak Lin lampirkan.
Formulanya. Ego bersamaan dengan 1/ Ilmu.

Kalau 1/10 kita akan dapat 0.1

Kalau 1/100 kita akan dapat 0.01

Antara 0.1 dan 0.01 nilai yg paling besar adalah 0.1 jadi kita bulatkan 0.1 kerana nilainya lebih tinggi.


Antara 10 dan 100 nilai yang paling besar adalah 100, jadi kita bulatkan 100 kerana nilainya lebih tinggi.


Cuba lihat, nilai manakah yang kita bulatkan? Semakin tinggi 0.1(ego) semakin rendah ilmu (10)

Semakin tinggi ilmu (100) semakin rendah ego (0.01).


Dapat dari formula tersebut?

Jadi, untuk menghadiri mana2 majlis ilmu, rendahkan egomu untung menerima seluas2 ilmu dari guru yang mengajar didepan. Tak kira, mereka lebih muda, lebih kecil, lebih miskin dari kamu, kerana orang yang berilmu, egonya semakin rendah dan semakin tunduk ke bumi.

Kita sambung di next entri pula ya. Kak Lin nak sharekan tentang 3 cabang ilmu yang ada didunia ni. Perkongsian dari Dato Ruslan. Menarik tau ilmu ini. Nantikan ya!!






Wednesday, 17 August 2016

Melupakan QASEH ????

Mana mungkin saya lupakan QASEH.

Mana mungkin saya lupakan QASEH,
Kisah saya membina empayar disini,

Mana mungkin saya lupakan QASEH,
Kisah saya bertemu usahawan2 yang hebat juga disini,

Mana mungkin saya lupakan QASEH,
Disini saya berjaya mencipta nama diatas pentas JUTAWAN QASEH.

Mana mungkin saya lupakan QASEH.
Jatuh bangun saya disini,
Kehilangan ayah, kehilangan emak, suami kritikal denggi semuanya berlaku dalam masa yang sama.

Mana mungkin saya lupakan QASEH.
Kerana disini saya belajar kenal sahabat susah senang bersama sama.

Mana mungkin saya lupakan QASEH.
Bila kereta MYVI pernah sarat membawa 30 karton stok qaseh.

Kenapa perlu saya lupakan QASEH?

Sedangkan bersama QASEH saya lihat ramai usahawan telah dilahirkan.
Sedangkan bersama QASEH saya lihat rakan2 tersenyum menerima habuan.

Tidak pernah sekali, bahkan berkali2 saya melupakan QASEH.

Diam bukan bermakna saya melupakan.
Diam bukan bermakna saya tidak beri tumpuan.

Biarlah hanya DIA yang tahu kenapa saya DIAM sementara.

Jangan disalahtafsir niat saya.
Semua orang ingin berjaya.
Semua orang ingin melakukan yang terbaik untuk keluarga.

Tapi tak semua orang boleh memahami apa yang sedang kita lakukan.

Sampai masa, bila saya dah bersedia, saya akan ceritakan.
Cuma, doakan saya berjaya melahirkan lebih ramai lagi usahawan.

Diam saya untuk mengasah gergaji yang kian tumpul dimamah hari.

Percayalah QASEH tetap dihati.
Sahabat2 QASEH tetap saya ingati.






Saturday, 13 August 2016

Berjuang demi sesuap nasi

Berniaga itu indah..
Melayan manusia pelbagai kerenah....
Kadangkala  ku mengalah...
Kadangkala ku rasa kalah..

Ku baru hendak bertatih...
Kata kata orang bisa buat ku letih...
Tapi bila ku pikir, 
mereka tiada ketika ku susah...

Ku perah keringat demi sesuap nasi...
Bukan saat ini ku harus berundur diri..
Dari bertatih ingin ku berlari...
Berlari mengejar impian yg pasti menjadi realiti...

Perjuangan ini bukannya mudah...
Tp keringat ini juga bukannya murah...
Biarlah org kata ku bekerja tak sudah2...
Kerana ku tahu ku berjuang utk ekonomi ummah....

Friday, 12 August 2016

Katakan tidak pada telefon bimbit

Teks : Ezzalin Sidek
Foto : Ezzalin Sidek

Selamat pagi semua.
 Seperti yang dijanjikan hari ni Kak Lin nak kongsikan bagaimana Kak Lin bertegas untuk tidak memberi telefon bimbit kepada anak-anak.

Misi "NO HANDPHONE" ni bukanlah boleh diasuh dalam tempoh sehari dua. Misi ini memerlukan kerjasama, kesabaran dan fokus yang tinggi. Kadang- kadang rasa serba salah juga bila anak-anak syurga Kak Lin ralit memandang rakan-rakan sebaya dengan gadget masing-masing, terutamanya bila pulang ke kampung. Tapi Kak Lin tetap nekadkan hati untuk menjalankan misi " NO HANDPHONE" ni.

Pernah ada yang memerli Kak Lin
" Engkau ni benda lain boleh beli, setakat handphone tu, takkan tak boleh beli untuk anda"

Kak Lin pekakkan je telinga. Kak Lin ada 2 handphone extra. Bukan Kak Lin tak boleh bagi. Kak Lin memang taknak.

Bagaimana mahu menjayakan misi " NO HANDPHONE"?

1. AKTIVITI.
Sebenarnya anak- anak syurga ni hanya mahukan keseronokan, jadi mereka lihat handphone adalah salah satu bahan yang menyeronokkan. Sebagai ibu bapa, kita cuba gantikan keseronokan handphone dengan aktiviti - aktiviti yang mudah. 

Memang agak bersepah sedikit, tapi cuba cari 1 ruang dimana kita boleh melakukan aktiviti bersama- sama dengan anak.


Ingat ye, aktiviti bersama anak! Maka kita pun kena ketepikan handphone juga. Itu perkara asasnya. Ni antara antara aktiviti dirumah Kak Lin bersama- sama anak.











2. KERJASAMA.

Kerjasama antara suami dan isteri sangat penting. Bagaimana?
Ketepikan handphone ketika bersama anak- anak. Jangan melihat handphone pada kekerapan yang sangat tinggi. Baru posting di FB dah sibuk menjengah berkali-kali notification yang keluar. Tetapkan waktu untuk melihat handphone. Sekiranya anak- anak melihat kita pun masih ralit dengan handphone, bagaimana kita mahu mendidik mereka untuk tidak menggunakan handphone. Sebenarnya yang mereka mahu adalah perhatian kita sahaja. Jadi bekerjasama dengan suami untuk tidak kerap melihat handphone, terutamanya didepan anak-anak.

3. ZON LARANGAN

Zon- zon larangan melihat handphone adalah di
1. Meja makan
2. Diatas sejadah
3. Atas katil sewaktu nak tidur
4. Dapur ketika memasak dan mengemas dapur.
Yang paling Kak Lin pantang adalah diatas meja makan. Bagaimana nak menjayakan misi, sekiranya dimeja makan pun kita masih ralat dengan handset? Luangkan masa makan yang berkualiti bersama anak-anak.
Ingat, mereka perlukan perhatian.

4. FOKUS

Pada permulaan untuk menjayakan misi, memang agak sukar. Cuba larikan fokus anak- anak terhadap handphone. Adakalanya anak-anak akan protes untuk menunjukkan sifat tak puas hati mereka. Dalam keadaan ini, peluk anak-anak, alihkan perhatian mereka terhadap benda lain. Berikan mereka fokus terhadap sesuatu yang menyeronokkan. Faham dan kaji minat mereka.

Minat setiap anak berbeza, dari pemerhatian Kak Lin, Muhammad Aqeef Danish minatnya lebih kepada aktiviti melukis, mewarna, mencantum, potong sayur. Aqeef lebih kepada aktiviti-aktiviti seni.

Manakala Muhammad Aqeel Daniel pula, lebih kepada aktiviti -aktiviti yang banyak melakukan pergerakan, bermain dengan bola, menari, bercerita dengan emosi, menyanyi

Jadi fokus kepada aktiviti -aktiviti yang mereka suka. Inshaallah mereka akan lupakan handphone buat sementara.

5. BERMAIN DI LUAR.

Pada waktu petang, biarkan anak-anak bermain diluar. Laburkan sedikit duit untuk membeli basikal untuk mereka. Biarkan mereka dengan aktiviti-aktiviti yang sihat.

Rajin-rajinkan diri untuk bawa mereka ke padang permainan. Biasanya Kak Lin akan bawa mereka ke kompleks belia di Paroi.
Bila mereka penat bermain, bila waktu malam, mereka akan tidur pada awal waktu.



Sebenarnya mudah sahaja untuk menjayakan misi "NO HANDPHONE" ni. Memang keadaan akan jadi sedikit huru hara, dan kita akan sedikit letih. Tapi percayalah, anak-anak akan membesar dengan sempurna. Andainya mahu berikan mereka handphone, beri mereka aplikasi yang berguna dan dipantau sepenuhnya oleh ibu bapa. Jangan lupa, had kan juga waktu agar mereka faham dan sentiasa disiplin tentang waktu.

Anak - anak umpama kain putih, kita yang mencorakkannya.


Kak Lin belanja gambar hero- hero Kak Lin ya! Jumpa lagi di next entri!!



Thursday, 11 August 2016

Tips positif di pagi hari.

Teks : Ezzalin Sidek
Foto : Ezzalin Sidek

Selamat pagi sahabat- sahabat Kak Lin. Pagi ni nak kongsi sedikit tips yang Kak Lin wajib buat pagi2 hari.

Kak Lin ni ada macam satu habit, bila bangun tidur je Kak Lin akan bukak semua pintu dan tingkap dirumah. Biasanya bahagian ruangan tingkat bawah tu Kak Lin akan pastikan pintu dan tingkap terbuka.

Kalau encik suami turun dulu, Kak Lin turun lambat sikit, dia tak buka semua tingkap dan pintu, mulalah Kak Lin membebel pagi-pagi. Kak Lin suka sangat aura pagi- pagi ni, buat Kak Lin rasa segar je.

Kak Lin ambil beberapa potong ayat.

“Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Tabrani, Ibnu Adi)

“Sesungguhnya tidur pada waktu pagi menghalang sebahagian rezeki” Abu Nuaim.

Nampak tak, dalam islam pun menyuruh lakukan kerja pada waktu pagi dan jangan tidur pada waktu pagi kan? Oleh sebab tu, bangun pagi-pagi bukak pintu dan tingkap dulu, kalau nenek Kak Lin pesan, bukak pintu pagi-pagi, biar malaikat masuk bawa rahmat.

Bagi yang bekerja, bukak pintu dan tingkap dulu, nanti nak pergi kerja tutup la balik. Bagi WAHM macam Kak Lin, mudahla sikit kan, tak payah dah tutup pintu dan tingkap lagi.

Satu lagi tips Kak Lin, Kak Lin akan pastikan singki Kak Lin bersih dari sebarang pinggan pada pagi hari. Seboleh - bolehnya sebelum tidur Kak Lin akan pastikan pinggan mangkuk semua sudah dibasuh. Ini kerana memudahkan proses Kak Lin untuk memasak awal. Lagipun kalau singki bersih pagi-pagi,kita pun rasa lapang dan seronok je. Kan pagi tu satu permulaan, jadi mulalah pagi dengan sesuatu yang tenang dan lapang. Nak buat sarapan pagi pun mudah je, taklah kelam kabut. Maklumlah 3hero pun dah cukup buat Kak Lin kelam kabut pagi-pagi, kalau singki penuh lagi la kelam kabut jawabnya.

Kawan- kawan ada tips pagi yang menarik untuk dikongsi dengan Kak Lin?



Wednesday, 10 August 2016

Tugasan Harian Kak Lin


Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


Hari ni Kak Lin nak kongsikan tugasan harian Kak Lin. Maklumlah, hero bertiga serta menguruskan perniagaan dari rumah memerlukan Kak Lin menjaga masa dengan sebaik-baiknya. MASA ITU EMAS bagi Kak Lin sekarang. Kalau lari sedikit jadual Kak Lin, maka banyaklah kerka-kerja yang akan tertangguh.

Biasanya banyak tugasan dirumah yang Kak Lin lakukan 3 dalam 1, 4 dalam 1, 5 dalam 1. Ha, macam mana tu. Sambil menggoreng ikan menumis sayur, sambil basuh bilik air basuh baju, sambil mengemop enjut buaian. Sambil lipat kain followup customer. Kena multi tasking untuk pastikan kerja siap sebelum hero-hero pulang ke sekolah.


Pada kebiasannya, hari Isnin adalah hari membersihkan rumah, kerana Sabtu dan Ahad Kak Lin jarang berada dirumah. Selalunya Kak Lin akan manfaatkan 2 hari bercuti samamada pergi bercuti ataupun menuntut ilmu. Jadi kerja-kerja rumah jarang dilakukan pada hari SAbtu dan Ahad. Maka operasi besar-besaran adalah pada hari Isnin.

Kak Lin jarang beri tumpuan pada pages ataupun blog pada hari Isnin. Pada waktu inilah Kak Lin akan menyiapkan bahan-bahan masakan untuk seminggu. Kalau Kak Lin pulang ke Tg Karang, biasanya Kak Lin akan borong ikan segar untuk 2 minggu. Jadi hari Isnin adalah proses pengagihan ikan-ikan dan khazanah laut kedalam bekas untuk disimpan kedalam petiais.

Pada hari Isnin ni la Kak Lin sibuk mendobi baju yang berbakul-bakul hasil dari sesi menjelajah kesana sini. Sambil-sambil menunggu kain berpusing, Kak Lin menyiapkan bahan-bahan untuk diblender. Cili dan bawang memang Kak Lin blender awal-awal. Ini memudahkan Kak Lin untuk masak. Maklumlah si kecil tu agak sukar untuk berenggang dengan Kak Lin. Jadi Kak Lin perlu pantas melakukan kerja-kerja didapur.

Biasanya, Kak Lin akan lapang sedikit pada hari Selasa, Rabu dan Khamis, sekiranya Kak Lin tidak turun ke KL, Kak Lin akan menyiapkan page dan entri blog.

Bagi memotivasikan diri untuk mengikut  jadual waktu, Kak Lin akan tampal jadual waktu ni di tiga tempat dirumah Kak Lin. 1 didapur, 1 dibilik dan 1 disoho Kak Lin.

Kak Lin buat ke semua ni?

Tipu kalau Kak Lin kata Kak Lin mampu lakukan sempurna macam dalam jadual kan? Tapi sekurang-kurangnya Kak Lin mencuba untuk melakukan yang terbaik. Sekarang Kak Lin dalam proses untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual dengan sebaik-baiknya.

Kak Lin juga dalam proses untuk mengelakkan diri dari melayan telefon pada waktu 8 sehingga 10 malam untuk memberi tumpuan pada perkembangan anak-anak. Oleh sebab itu, Kak Lin mestilah menyiapkan segala-gala kerja pada waktu siang. Target Kak Lin untuk Aqeef adalah Aqeef mesti pandai membaca pada umur 4 tahun ni. Target Kak Lin juga, Aqeef mesti hafal 10 surah didalam Al-Quran. Tumpuan Kak Lin kena lebih pada mereka kali ni. Dah lama rasanya Kak Lin tidak fokus kepada anak-anak syurga setelah berkecimpung dalam dunia perniagaan ni. Jadi inilah masanya Kak Lin perlu disiplinkan diri untuk insan-insan yang Kak Lin sayang.

Misi " No Gadget " kali dah berjaya. Nanti Kak Lin sharekan bagaimana untuk katakan tidak pada dunia gadget.

Ok, berjumpa lagi di next entri.












Tuesday, 9 August 2016

Dunia Usahawan

Teks: Noor Ezzalin
Foto :Noor Ezzalin

Dunia usahawan itu berbeza dari dunia peniaga,

Dunia usahawan memerlukan pengorbanan,
Dunia usahawan memerlukan pasukan,
Dunia usahawan memerlukan kekuatan,

Dunia usahawan memerlukan suatu inovasi,
Dunia usahawan memerlukan suatu kreativiti,
Dunia usahawan memerlukan satu transformasi,

Sahabatku,

Jangan jadi peniaga,
Kerana peniaga sukar melahirkan jutawan,
Kerana peniaga dunianya tiada perubahan,

Jadilah usahawan,
Sentiasa mencipta peluang,
Sentiasa mencari ruang,

Jadilah usahawan,
Yang boleh memberi,
Bukan hanya menerima,

Jadilah usahawan,
Yang sentiasa bekerja didalam pasukan,
Susah senang bersama -sama.

Jadilah usahawan,
Yang mahu menjadikan mimpi satu realiti,

Jadilah usahawan,
Yang amanah dan berjuang dijalan FISABILLILLAH.

Masa itu emas

Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


Sebenarnya tugasan sebagai WAHM bukanlah semudah yang disangka. Pengurusan masa perlulah lebih sempurna. Kalau sewaktu Kak Lin bekerja dahulu, perlu puch card pada pukul 9.00 pagi dan punch card pulang pada pukul 6 petang. Kini, bila bergelar WAHM masa Kak Lin tidak la begitu terikat dengan punch card, tapi sebagai WAHM masa adalah aspek yang paling utama yang perlu dititikberatkan.
Sama seperti waktu bekerja, perlu ada jadual dan tugasan harian, begitu juga bila Kak Lin dah bergelar WAHM ni.
Ada 2 perkara utama yang Kak Lin ingin tekankan dalam pengurusan waktu sebagai WAHM ni. Pertama adalah jadual dan yang kedua adalah to do list.


JADUAL
Kak Lin bahagikan jadual Kak Lin kepada 2 jadual.

1. Jadual Harian
Di jadual harian Kak Lin akan senaraikan aktiviti -aktiviti yang Kak Lin lakukan sepanjang minggu. Hari apa yang perlu Kak Lin basuh baju, hari apa yang perlu Kak Lin update page, hari apa yang perlu Kak Lin pergi pasar. Pendek kata disinilah jadual dari mula- mula Kak Lin celik mata sehingga Kak Lin tutup mata.

2. Jadual Masakan.
Biasanya Kak Lin akan plan awal-awal masakan untuk seminggu. Sebenarnya perkara ini memudahkan Kak Lin menyediakan barang-barang untuk masak untuk seminggu. Segalanya telah diblender, dipotong dan diasing mengikut bahagian-bahagian yang perlu. Sekiranya minggu tu Kak Lin gagal untuk merancang dan membuat jadual masak untuk seminggu, maka keraplah Kak Lin kekedai atau makan kat luar kerana banyak benda yang tak dapat disempurnakan dengan cepat. Maklumlah anak -anak hero belaka, maka Kak Lin kena jadi heroin untuk bekerja lebih cepat dari hero-hero yang ada.


TO DO LIST
Pada kebiasaanya Kak Lin akan menyenaraikan to do list pada waktu malam.  Jadi, bila bangun pagi Kak Lin dah tahu perkara apa yang perlu Kak Lin lakukan.
Biasanya Kak Lin akan menyenaraikan tugasan sehingga ke 5 ke 7 tugasan sahaja. Kadang-kadang 5 tugasan tu pun Kak Lin tak dapat sempurnakan pada hari yang sama.

Tugasan diagihkan mengikut keutamaan. Biasanya Kak Lin akan setkan berapa jam perlu Kak Lin berada pada tugasan tersebut. Bila Kak Lin dapat menyiapkan tugasan dengan lebih cepat Kak Lin akan reward diri dengan menonton televisyen. Tapi ini jarang berlaku. Kak Lin hanya mendengar sayup-sayup suara tv sahaja.
Kelebihan sekiranya kita menetapkan masa pada setiap tugasan adalah kita lebih fokus dengan tugasan kita dan secara automatik kita tidak akan bergosip-gosip didalam group-group whatsapp. Andai ada gosip-gosip didalam group whatsapp 'pandu lalu' sahaja. Yang penting adalah menyiapkan tugasan -tugasan kita.

Sekiranya Kak Lin tidak merancang jadual dan membuat to do list pada minggu tu, maka banyak kerja yang akan tertangguh, banyak masa yang tidak digunakan dengan begitu sempurna.

Bagi Kak Lin, sangat penting perancangan didalam kehidupan walaupun anda hanya menjadi suri bergaji dirumah. Bagaimana jadual anda semua? Cuba kongsikan dengan Kak Lin.


Monday, 8 August 2016

Kelas Asas Blog Bisness ABDR

Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


Alhamdullillah,selesai sudah kelas blog ABDR bersama CIKGU ANYS IDAYU BIN ZAKARIA. Sebenarnya Kak Lin sudah lama menjadi anak murid cikgu Anys ni.Tetapi kali ni Kak Lin nekad untuk memujuk cikgu anys untuk turun ke Sg Buloh bagi sesi pembelajaran secara offline. Maklumlah, kalau online ni Kak Lin ni agak perlahan sedikit.

Pelbagai cabaran untuk mengumpulkan peserta,tapi Kak Lin nekad memujuk kerana Kak Lin tahu belajar dengan guru yang berpengalaman akan membawa mereka kepada jalan yang cepat dan mudah.
Berbalik kepada cerita mengenali cikgu anys, Kak Lin mengenali beliau selepas menyertai Kelas membina blog bersama ABDR. Kemudian berjumpa kembali didalam satu kumpulan GSL.(GROUP SUPPORT LIKE). Kami juga adalah agent kepada GSL. Walaupun mengenali beliau di alam maya sahaja, Kak Lin dapat merasakan Cikgu Anys adalah seorang tenaga pengajar yang sangat berdedikasi. Dengan bersungguh-bersungguh Kak Lin menyakinkan team untuk belajar ilmu blog dengan beliau.Akhirnya seramai 15 orang peserta offline dan 5 orang peserta online berjaya dikumpulkan.

Pukul 8 pagi sabtu Kak Lin bertolak dari seremban. Sebenarnya dah terlambat, memang tak sedar langsung. Subuh gajah pagi tu. Kelam kabut siapkan anak-anak.Ni baru anak 3 dah huru hara kan? Tapi bila mereka dah besar nanti,inilah saat-saat indah yang akan Kak Lin ingat.

Pada mulanya Kak Lin hanya meminta encik suami hantarkan Kak Lin ke stesen komuter berdekatan je. Gagah juga nak bawa si kecik tu bersama. Nampak gaya, memang encik suami berat nak lepaskan Kak Lin. Maka kali ni pakej kelas, termasuk dengan suami dan anak-anak

Nampak tak tak semua muka hero beraksi. Kak Lin je yang muka puteri diraja yang menahan comel dan ayu. :->



Setinggi tinggi penghargaan buat kak anys kerana sudi bertandang dari Johor Bharu ke NQN Sg Buloh. Jasamu amat Kak Lin sanjung dan hargai. Terima kasih Kak Anys. 










Terima kasih juga kepada semua kaum bapa yang terlibat mengambil alih tugasan suri pada hari itu. Kaum bapa, anda memang hebat kerana sering menjadi tulang belakang kepada para suri.


Maka berakhirlah pengisian ilmu yang sangat menarik dan sangat padat.Terima kasih Cikgu Anys yang sangat banyak membantu memberi penerangan tentang blog dengan begitu jelas. Yang menariknya  beliau pergi hingga kesetiap meja untuk memastikan anak muridnya mendapat ilmu yang tepat dan betul. Bertuah Kak Lin dapat cikgu yang memahami ni.  Seronok sangat kelas kali ni. Masa berlalu dengan begitu pantas. Ilmu yang padat dan bermanfaat yang kami terima pada hari itu. Semoga kami dapat istiqomah didalam menyiapkan 44entri yang ditugaskan kepada kami. Doakan Kak Lin istiqomah ya.

Alhamdullillah, bersyukur Kak Lin kehadrat ilahi kerana dapat menjayakan kelas offline bagi KELAS ASAS BLOG BISNESS ABDR. Bagi Kak Lin, ilmu yang bermanfaat perlulah kita kongsi bersama-sama. Carilah mentor yang betul untuk memberi panduan yang betul kepada anak murid.
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui bagaimana mahu menjana pendapatan melalui blog, boleh whatsapp Kak Lin ya.

Kita berjumpa di entri seterusnya!

Selamat malam.













Thursday, 4 August 2016

Kursus e-usahawan desa


Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


Bismillahirrahmanirahim


Hari ni KAK LIN nak sembang mengenai kursus yang KAK LIN yang join pada 30 dan 31 JULAI 2016 baru-baru ni.

Kak lin menyertai kursus bersama team2 EWA dibawah anjuran POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH bersama MDEC.

Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk para usahawan memahami konsep dan kepentingan perniagaan dunia digital. Selain itu disini juga kami diajar bagaimana untuk mengaplikasikan media sosial didalam perniagaan.

Antara silibus yang terkandung didalam pembelajaran

Hari pertama ( Cikgu Che Ta)
  1. Asas perniagaan digital
  2. USP
  3. SEO dan GOOGLE trends
  4. Market place
  5. Facebook Ads
  6. Facebook FB Posting
  7. google form
Hari kedua ( Cikgu Fareed)

  1. Sells / Teaser
  2. Hard Sells / Soft
  3. Instagram #
  4. Whatsapp 



Hari pertama





Pada mulanya kami decide untuk bertolak pada malam jumaat tu, tapi memandangkan semuanya sudah keletihan, maka kitaorang decide untuk bergerak pada pagi sabtu. Tugasan pertama adalah menghantar anak-anak ke rumah ibu diampang dulu.

Pukul 6pagi kami dah bergerak keampang. Kesian melihat anak-anak terpisat-pisat bila digerakkan seeawal pagi begitu. Bertahan ye anak-anak, kesenangan bukan mudah untuk dicari, dia perlukan sedikit kesukaran, sebanyak ketabahan, sebesar kekuatan. Maka bersabarlah untuk berjuang bersama-sama ummi dan abi.






Tak kurang hebat juga sahabat seperjuangan siti azurah yang gigih membawa baby yang berusia 2 bulan untuk menuntut ilmu disini. Si kecil ni seolah-olah memahami yang ibu perlu beri tumpuan sepenuhnya didalam kelas. Langsung tiada kedengaran tangisan si kecil sepanjang kelas berlangsung.







Ha, nampak tak nombor yang melekat kat tudung tu, ni sebenarnya nak masuk Malaysian Book Of Record untuk " THE LARGEST SIMULTANEOUS PARTICIPATION IN E USAHAWAN CLASSES'. Kemain kan Kak Lin interframe.


Hari ke dua






Tiba-tiba sama pulak warna dengan baju dengan cikgu Fareed, gelombang sama ni.






Ni part yang paling best sekali, kitaorang diajar bagaimana dengan handphone pun korang boleh ambil gambar yang hebat. Dari amatur kami menjadi profesional. Nak tau tak, kat pokok tu penuh dengan kerengga tau. Habis dia serang kitaorang semua. Tapi sebab gigih jugak nak tangkap gambar, tahan je la.





Tadaaaa...hasilnya..kamera biasa je tau. Ok la kot untuk peringkat permulaan. Pesan cikgu fareed yang paling penting sudut penggambaran dan cahaya penggambaran tu.






Ni pula ibu roza, orangnya sangatla tinggi dan tegap. Ibu ni speaking berabuk tu. Dah keluarkan paste asam pedas sendiri. Sempat bercerita dengan beliau, cerita beliau, sekiranya ada penghantaran ke negeri sembilan, beliau sendiri yang akan bawa lori untuk penghantaran barang. dahsyat kan? Ibu kepada 3 anak dan 3 orang cucu ni berusia 57 tahun. Masih semangat kan. Kadang-kadang saya terpikir, kenapa saya yang masih muda belia remaja ni, dah putus asa dalam perniagaan. Sepatutnya saya kena lebih cergas dari ibu ni. Kalau tak, malu saya sebagai anak muda dengan ibu ni.






Ini part paling win, setinggi-tinggi terima kasih atas ingatan my teammate yang banyak membantu saat susah dan senang Kak Lin Surprise birthday party!!! Allahuakbar, terkejut rasanya tiba-tiba mereka semua berdiri sambil menyanyikan lagu selamat hari jadi. Rata-rata peserta-peserta didalam kelas ni Kak  Lin baru je kenal. Memang merah padam rasanya muka Kak Lin. 
Terima kasih kak ina dan zurah sebab sudi buat Kak Lin terkejut waktu Kak Lin dah menguap berkali-kali didalam kelas. Korang memang best teammate eva!










ni gambar pada hari terakhir kami di seminar. Nampaknya ramai yang tidak dapat menghadirkan diri pada hari ke 2.Gambar en suami yang excited makan kek selepas habis kelas Virus marketing. Sarat sangat dengan ilmu katanya.



 
 Alahamdullillah , kami dapat melaksanakan tugasan sepanjang 2 hari ini dengan hati yang tabah dan cekal.Kesian kat Ayyash, sepanjang 2 hari say atinggalkan tak minum susu langsung. Bersalah betul Kak Lin. Nasib dah nak dekat setahun umur ayyash. Masa untuk pulang ke Seremban. Muka dah sangat letih.